MotoGP: Petronas SRT Raih Kejuaraan Sulung Bersama Quartararo, Marquez Kemalangan

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, menghadiahkan kejuaraan sulung buat dirinya dan pasukan dalam aksi pembukaan tirai di Gran Premio Red Bull De Espana, hari ini. Ini merupakan kejuaraan sulung Quartararo dan pasukan Petronas SRT di pentas MotoGP. Quartararo – yang menunggang jentera M1 Factory Spec – mempamerkan tunggangan mantap sebaik perlumbaan…

MotoGP: Quartararo-Morbidelli Semakin Selesa, Sedia Rebut Kejuaraan Musim 2020

Ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar yang telah pun berakhir Ahad lalu menyaksikan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meneruskan aksi konsisten menjelang pembukaan tirai MotoGP, 8 Mac ini. Fabio Quartararo yang melakar masa terpantas dalam ketiga-tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kecemerlangan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli. Ketika hari terakhir ujian, Morbidelli…

MotoGP: Quartararo ‘Tapau’ Ujian Pra-Musim Di Sepang

Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut. Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat. Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua. Cal Crutchlow (LCR Honda)…

Ujian Pra-Musim: Quartararo Sekali Lagi Terpantas, KTM Lakar Kejutan

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi melakar masa terpantas di hari kedua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Ini merupakan kali pertama Quartararo beraksi dengan jentera spesifikasi Factory YZR-M1. Pelumba Perancis itu pada awalnya menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan bawah sebelum melonjak naik dengan catatan masa 1…

Ujian Pra-Musim: Fabio Quartararo Terpantas Di Hari Pertama

Hari pertama ujian pra-musim ‘Winter Test’ MotoGP berakhir dengan Fabio Quartararo mengungguli catatan masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas bagi hari pertama dengan catatan masa 1 minit 58.985 saat. Sementara rakan sepasukan, Franco Morbidelli kedua, 0.051 saat dibelakang. Menariknya, Quartararo melakukan catatan…

Bersara Atau Sertai Petronas Yamaha Antara Pilihan Valentino Rossi

Setelah Yamaha mengumumkan keputusan untuk menggantikan Valentino Rossi dengan Fabio Quartararo pada 2021, pelumba Itali itu kini perlu membuat keputusan mengenai masa depannya. Bagaimanapun, lagenda MotoGP itu hanya akan membuat keputusan mengenai masa depannya di arena perlumbaan pertengahan musim 2020. Pelumba berusia 40 tahun itu – yang telah merekodkan 89 kemenangan dan tujuh kejuaraan dunia…

MotoGP: Quartararo Sah Ganti Rossi Di Yamaha Bermula 2021

Yamaha mengesahkan pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo, akan digandingkan bersama Maverick Vinales bermula musim 2021, menggantikan Valentino Rossi. Perkara itu disahkan sendiri pengurus pasukan Yamaha, Lin Jarvis. “Kami teruja kerana Fabio (Quartararo) akan menyertai Yamaha Factory Racing MotoGP bagi musim 2021 hingga 2022. “Keputusan yang dilakar dalam musim pertamanya di MotoGP cukup memberangsangkan. Enam petak…

PETRONAS Sprinta Resepi Kejayaan Fabio Quartararo Di Pentas MotoGP 2019

Adalah menjadi satu kebanggaan bagi setiap pengeluar minyak enjin untuk menyaksikan produk mereka berjaya menyumbang kepada kejayaan di pentas dunia terutamanya dalam saingan MotoGP. Itulah yang berlaku kepada PETRONAS apabila menyaksikan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo merekodkan tujuh podium, enam petak pertama dan tempat kelima keseluruhan dalam musim pertamanya di kelas premier….

Rossi Luah Hasrat Berpindah Ke Petronas Yamaha SRT?

Valentino Rossi akui terbuka dengan cadangan untuk menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, bagi musim 2021. Rata-rata berpendapat pasukan Yamaha akan terus memberi kepercayaan terhadap Rossi selagi dia berminat untuk kekal bersama pasukan itu. Bagaimanapun, dengan Maverick Vinales menampilkan aksi mantap musim lalu sementara pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo turut beraksi cemerlang, Yamaha kini berdepan…