MotoGP: Quartararo-Morbidelli Semakin Selesa, Sedia Rebut Kejuaraan Musim 2020

Advertisements

Ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar yang telah pun berakhir Ahad lalu menyaksikan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meneruskan aksi konsisten menjelang pembukaan tirai MotoGP, 8 Mac ini.

Fabio Quartararo yang melakar masa terpantas dalam ketiga-tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kecemerlangan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli.

Ketika hari terakhir ujian, Morbidelli dan Quartararo muncul pelumba kedua dan keempat terpantas.

Semasa di Sepang, Morbidelli sedikit bergelut berbanding Quartararo yang menunggang secara konsisten untuk mendominasi ketiga-tiga hari.

“Ujian ini sangat positif. Kami berjaya mengecilkan jarak antara pelumba teratas dan saya gembira kerana melakukannya ketika litar berada dalam keadaan panas.

“Kami akan cuba perbaiki lagi dan kini saya lebih selesa dengan jentera,” kata Morbidelli.

Bagaimanapun, dia bangkit dengan tunggangan lebih baik untuk merekodkan masa kedua terpantas dengan 1 minit 53.891 saat selepas melakukan 20 lap.

Sementara itu, Quartararo yang menggunakan jentera Factory Spec M1 menggunakan peluang yang ada untuk menguji tayar depan dari Michelin.

Dia juga antara yang terpantas dengan catatan masa 1’54.077s selepas melakukan 21 lap.

Menilai aksi kedua-dua pelumba ini ketika ujian pra-musim di Sepang dan Qatar, ternyata PETRONAS Yamaha SRT memiliki peluang cerah untuk melaksanakan kejutan dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Pengurus pasukan, Dato’Razlan Razali turut mengakui Morbidelli dan Quartararo tampak semakin selesa.

“Keputusan yang positif di Qatar, kedua-dua pelumba tampak selesa dengan jentera masing-masing. Kami menjangkakan perlumbaan yang sengit tahun ini,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.