Ujian Pra-Musim: Quartararo Sekali Lagi Terpantas, KTM Lakar Kejutan

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi melakar masa terpantas di hari kedua ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Ini merupakan kali pertama Quartararo beraksi dengan jentera spesifikasi Factory YZR-M1.

Pelumba Perancis itu pada awalnya menghabiskan kebanyakan masa di kedudukan bawah sebelum melonjak naik dengan catatan masa 1 minit 58.572saat memperbaiki catatan semalam – 1’58.945s.

Sementara itu, wakil Pramac Ducati, Jack Miller kedua terpantas hari ini dengan +0.069 saat.

Bagaimanapun, keputusan mengejut berjaya dilakar kem KTM menerusi pelumba uji, Dani Pedrosa yang muncul ketiga terpantas dengan 1′ 58.662s.

Wakil Suzuki, Joan Mir yang menduduki tempat kesembilan semalam berjaya memperbaiki catatan masa pada hari kedua dengan 1’58.731s untuk menduduki tempat keempat.

Bagaimanapun, tumpuan terarah kepada kemajuan ditonjolkan KTM setakat ini dengan Pol Espargaro turut muncul lebih pantas hari ini berbanding semalam dan mengisi kedudukan kelapan.

Berikut keputusan penuh hari kedua:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply