Rossi Luah Hasrat Berpindah Ke Petronas Yamaha SRT?

Sumber: Valeyellow46 @ Instagram

Valentino Rossi akui terbuka dengan cadangan untuk menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, bagi musim 2021.

Rata-rata berpendapat pasukan Yamaha akan terus memberi kepercayaan terhadap Rossi selagi dia berminat untuk kekal bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, dengan Maverick Vinales menampilkan aksi mantap musim lalu sementara pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo turut beraksi cemerlang, Yamaha kini berdepan dilema dalam menentukan barisan pelumba bagi 2021.

Sumber: Fabio Quartararo @ Twitter

Menyedari perkara itu, Rossi mengakui dia terbuka dengan idea untuk bertukar tempat dengan Quartararo bagi musim 2021 sekiranya tidak bersara hujung musim 2020.

“Tiada banyak perbezaan jika saya berhijrah ke Petronas.

“Saya lebih gemar untuk kekal tetapi kami kini ada tiga pelumba untuk mengisi dua slot.

“Bagi saya, Petronas merupakan pasukan yang baik tetapi pada masa sama, Vinales mungkin akan berhijrah – ke Ducati – dan Quartararo akan sertai kami, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku,” jelas Rossi ketika ditemu bual Gazzetta dello Sport.

Pada masa sama, Rossi mengakui akan berjumpa dengan Lin Jarvis bagi membincangkan masa depannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.