Ujian Pra-Musim: Fabio Quartararo Terpantas Di Hari Pertama

Hari pertama ujian pra-musim ‘Winter Test’ MotoGP berakhir dengan Fabio Quartararo mengungguli catatan masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas bagi hari pertama dengan catatan masa 1 minit 58.985 saat.

Sementara rakan sepasukan, Franco Morbidelli kedua, 0.051 saat dibelakang.

Menariknya, Quartararo melakukan catatan itu menggunaka jentera YZR-M1 2019 dan bukannya jentera Factory Spec M1 2020 yang dilancarkan semalam.

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro membuat kejutan di peringkat awal ujian apabila merekodkan masa terpantas sebelum menamatkan hari pertama di tempat ke ketujuh.

Sementara itu, pertahan juara, Marc Marquez menamatkan sesi ujian di kedudukan ke-12 sementara rakan sepasukan – dan adiknya – Alex Marquez di kedudukan ke-13.

Marquez masih lagi belum 100 peratus cergas susulan masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahu yang dialaminya musim lalu.

Bagaimanapun, pelumba Suzuki dan LCR Honda, Alex Rins dan Cal Crutchlow merekodkan catatan masa ketiga dan keempat terpantas.

Dalam perkembangan sama, Johan Zarco, yang kali pertama menunggang jentera Ducati bersama pasukan satelit, Avintia, menduduki tempat ke-19.

Hari kedua ujian pra-musim di SIC kembali bersambung esok.

Berikut catatan masa bagi hari pertama:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.