Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengandaikan bahawa motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah dibuka untuk tempahan. Dengan harga runcit semasa beserta GST pada RM133,900 hingga RM359,900, anda kini boleh mula membuat tempahan untuk motosikal Panigale V4, V4 S, dan V4 Speciale. Dijana oleh enjin 1,103cc, Desmosedici Stradale V4 90 darjah, evolusi…
Tag: EICMA 2017
Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia. Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia…
Ducati telah mendedahkan rangkaian harga bagi motosikal Panigale V4 2018 mereka untuk pasaran Eropah yang bermula dai €22,590 (RM110,182). Harga itu meningkat kepada €27,890 (sekitar RM136,055) bagi model S manakala bagi edisi terhad Speciale pula diletakkan pada harga €39,900 (RM194,608). Ramalan harga untuk pasaran Malaysia adalah di antara RM180,00 hingga RM250,00 untuk ketiga-tiga model…
Rangkaian motosikal RC telah bertambah lagi dengan pengenalan MV Agusta Brutale 800 RC. Diperkenalkan sewaktu EICMA 2017, Brutale edisi terhad ini kini patuh Euro-4 oleh kerana enjinnya yang telah dibikin semula dan kini menjana 140hp dan 87Nm. Hanya 350 unit sahaja yang akan disediakan dan setiap satu daripadanya akan dilengkapi dengan Reparto Corse…
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR 2018 telah membuat penampilan sewaktu pertunjukan EICMA 2017 yang telah diadakan baru-baru ini di Milan, Itali pada minggu lalu. Lencana RR telah diterapkan pada motosikal Dragster terbaru ini kerana ianya telah dilengkapi dengan beberapa pengemaskinian termasuklah enjin tiga selari 798cc yang patuh Euro4. Motosikal Brutale 800 RR yang…
Motosikal Yamaha MT-09 SP 2018 terbaru telah diperkenalkan semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan, Itali baru-baru ini. Mengambil inspirasi daripada motosikal Yamaha MT-10 SP, Motosikal MT-09 SP ini telah dilengkapi dengan pengemaskinian suspensi keseluruhan yang amat diperlukannya. Ciri-ciri baru yang lain termasuk kawalan cengkaman, quickshifter, lampu hadapan projektor LED, kemasan warna “Silver Blu Carbon”,…
Motosikal BMW F 750 GS dan F 850 GS 2018 terbaru telah diperkenalkan pada minggu ini di EICMA 2017 di Milan, Itali. Motosikal-motosikal kembara kelas pertengahan terbaru BMW Motorrad ini menawarkan “kebolehan pengembaraan dan perjalanan jarak jauh dengan kedinamikan yang ‘sporty‘ dan prestasi ‘off-road‘ yang lebih hebat.” Kedua-dua motosikal ini dilengkapi dengan enjin selari…
BMW Motorrad baru sahaja memperkenalkan skuter terbaru mereka di EICMA 2017, iaitu BMW C 400 X 2018. Dijana oleh enjin satu silinder 350cc, skuter C 400 X terbaru ini menghasilkan 34hp pada 7,500rpm 35Nm tork maksima. Skuter C 400 X ini dilengkapi dengan pencahayaan LED keseluruhan beserta Lampu Nyalaan Siang (DRL), skrin TFT 6.5…
KYMCO telah melancarkan maxi skuter XCITING S 400 di EICMA 2017. Maxi skuter KYMCO XCITING S 400 ini didatangkan dengan kuasa terhebat dalam kategorinya. Ia juga akan dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang (Daytime Running Lights – DRL) yang pertama diiktiraf ECE untuk skuter.