KYMCO XCITING S 400 – Tanda Aras Baru Buat Maxi Skuter

 

  • KYMCO telah melancarkan maxi skuter XCITING S 400 di EICMA 2017.
  • Maxi skuter KYMCO XCITING S 400 ini didatangkan dengan kuasa terhebat dalam kategorinya.
  • Ia juga akan dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang (Daytime Running Lights – DRL) yang pertama diiktiraf ECE untuk skuter.

Milan, Itali, 7 November 2017 – Nama KYMCO sudah tidak asing lagi di Malaysia dengan adanya maxi skuter mereka, dan mereka juga ada mengeluarkan motosikal dan ATV. KYMCO baru sahaja menambah sebuah lagi jentera dalam rangkaian mereka di EICMA 2017, bergelar XCITING S 400.

Maxi skuter KYMCO XCITING S 400 ini adalah pengganti kepada maxi skuter Xciting 400, yang cukup terkenal kerana pengendaliannya yang lincah dan kuasa kuda terbaik dalam kelasnya, selain daripada agihan kuasa yang lancar dan senyapnya itu. Maxi skuter XCITING S 400 ini telah di reka dengan roh “Win My Heart” KYMCO bagi melangkaui segala kelebihan yang ada pada XCITING 400. KYMCO mendakwa yang maxi skuter ini memenuhi segala permintaan tertentu para penunggang yang mengingini “skuter sport touring” terbaik.

Rekabentuk XCITING S 400 terbaru ini dibina berdasarkan falsafah “Powerful Simplicity”, menggabungkan keselesaan menunggang dan kestabilan kelajuan tinggi, sesuai sekali untuk berulang alik di dalam bandar dan perjalanan hujung minggu.

Maxi skuter terkini dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang diiktiraf ECE, yang pertama seadanya dalam industri untuk skuter, bagi membekalkan keterlihatan maksima dirinya pada pengguna jalan raya lain, selain daripada menonjolkan lagi identitinya.

Enjinnya yang amat berkuasa dan lancar itu menjana 35.5hp (26.5kW) dan 37.7Nm tork. Ia menjanjikan pemecutan responsif dalam lalulintas dalam bandar raya dan pecutan kelajuan tinggi.

Kerana enjinnya yang sangat berkuasa itu, ia memerlukan perincian yang sesuai bagi memanfaatkan lagi kuasanya itu. KYMCO telah mereka semula gandar penggantungnya untuk mendapatkan titik pautan yang lebih tegar bagi merumahkan enjin ke kerangkanya itu. Jambatan berganda suspensi hadapannya itu juga telah menambahkan lagi ketegarannya. Ke semua perincian ini menjadikannya skuter yang lebih mudah dikendalikan dan lebih stabil.

Terdapat lagi bukti yang menunjukkan keinginan KYMCO untuk menjadikan maxi skuter XCITING S 400 lebih selesa.

Pelana hadapannya menirus bagi perletakan kaki yang mudah ketika berhenti. Pelana belakangnya dilengkapi dengan sandaran bagi menyokong belakang pembonceng. Dan daripada perlu membuka keseluruhan pelana bagi mendapatkan capaian ke ruangan simpanan bawah pelana, maxi skuter XCITING S 400 ini berperincikan rekaan bukaan dua-pelana yang unik. Penghadang anginnya boleh dilaras bagi disesuaikan dengan ketinggian penunggang dan keadaan penunggangan yang berbeza. Palang pemegangnya berbentuk-V bagi memudahkan penunggang melihat gugusan instrumen sewaktu menunggang.

KYMCO juga turut berharap dapat menerapkan ciri yang baru dibangunkan Noodoe Navigation apabila maxi skuter XCITING S 400 ini dipasarkan pada tahun hadapan. Apa yang membezakan Noodoe Navigation daripada yang lain adalah ianya sistem navigasi bertumpukan pada penunggang yang pertama di dunia. Noodoe Navigation akan dilancarkan secara rasminya di Pertunjukan Motor Tokyo pada bulan Mac 2018.

GALERI GAMBAR