Boon Siew Honda Menyediakan Bantuan Buat Pemilik Motosikal Honda Yang Terjejas Akibat Banjir Di Pulau Pinang

 

  • Boon Siew Honda akan menyediakan bantuan buat ke semua pemilik motosikal Honda yang telah terjejas akibat banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.
  • Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir Pulau Pinang BSH akan menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk semua alat ganti tulen dan cas upah percuma bagi ke semua perkhidmatan di pusat pengedar terpilih.
  • Pemilik motosikal Honda yang ingin menyertai program ini hanya perlu menghubungi mana-mana pengedar terpilih untuk menjadualkan temujanji.

Tragedi banjir yang telah terjadi baru-baru ini di Pulau Pinang telah menggerakkan pelbagai usaha bantuan dan menyelamat dari seluruh negara. Salah sebuah pengeluar motosikal terbesar di Malaysia, Boon Siew Honda, yang juga bertapak di Pulau Pinang telah menghulurkan tangan dengan menawarkan bantuan buat ke semua pemilik motosikal Honda yang telah terjejas akibat insiden banjir ini.

Usaha bantuan yang akan dimulakan oleh BSH ini adalah Perkhidmatan Selepas Jualan untuk Program Bantuan Banjir Pulau Pinang (After Sales Service for Flood Relief Programme for Penang). Program ini akan menawarkan diskaun hebat sebanyak 40% untuk semua alat ganti tulen beserta dengan cas upah percuma bagi setiap perkhidmatan di pusat pengedar yang terpilih. Program ini akan bermula esok, 10 November 2017 sehingga ke penghujung bulan Januari tahun hadapan.

“BSH berharap dapat meringankan beban yang dihadapi oleh para pelanggan kami berikutan bencana banjir yang tidak pernah berlaku seteruk ini, sebelum ini, di Pulau Pinang. Kami (BSH) akan melakukan yang sebaik mungkin dalam menyediakan bantuan buat para pelanggan yang kami hargai” ujar Dato’ Seri Wira Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Boon Siew Honda.

Para pemilik motosikal Honda yang ingin menyertai program ini boleh terus menghubungi mana-mana pengedar yang terpilih bagi menjadualkan temujanji mereka. Di bawah adalah senarai ke semua pengedar yang terlibat beserta butiran mereka.

Taycon Motor Sdn Bhd 012-5534821 (Ah Pin)
Chang Motor Sdn Bhd 016-4433856 (Ms. Foong)
Sing Huat Motor Sdn Bhd 012-4088398 (Mr. Cheah)
Boon Hai Motor Sdn Bhd 012-4923446 (Ah Hooi)
KB Soon Huat Motor Sdn Bhd 019-5751241 (Mr. Khoo)
Chung Seng Motor (S.Perai) Sdn Bhd 017-4958705 (Ah Chye)
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd 014-5822489 (Mr. Chong)

Tetapi, sekiranya motosikal Honda kesayangan anda tidak dapat bergerak atau pun diangkut ke pengedar terpilih akibat kerosakan yang disebabkan oleh banjir, jangan teragak-agak untuk menghubungi talian bebas tol BSH di 1-800-88-3993 bagi mendapatkan bantuan selanjutnya dan bantuan pengangkutan.

BSH juga ingin mengingatkan ke semua pemilik motosikal Honda untuk tidak cuba menghidupkan enjin motosikal jika paras air yang ada berada lebih tinggi daripada tahap pembersih udara motosikal.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.