Harga Ducati Panigale V4 2018 Didedahkan! Dari €22,590 (RM110,182)

 

  • Ducati telah mendedahkan rangkaian harga bagi motosikal Panigale V4 2018 mereka untuk pasaran Eropah yang bermula dai €22,590 (RM110,182).
  • Harga itu meningkat kepada €27,890 (sekitar RM136,055) bagi model S manakala bagi edisi terhad Speciale pula diletakkan pada harga €39,900 (RM194,608).
  • Ramalan harga untuk pasaran Malaysia adalah di antara RM180,00 hingga RM250,00 untuk ketiga-tiga model berkenaan.

 

Kita semua bakal mengucapkan selamat tinggal kepada motosikal Ducati Panigale V-berkembar, dan yang bakal menggantikan tempatnya itu adalah model jentera Panigale janaan V4 dalam bentuk Ducati Panigale V4 2018. Dilancarkan sejurus sebelum pertunjukan EICMA 2017 di Milan beberapa minggu yang lalu, ianya amat memukau dari segi rupa parasnya serta runut bunyinya seperti mana yang dapat didengari pada video di bawah.

Ducati telah memperkenalkan tiga buah model yang berbeza untuk motosikal Panigale V4; model standard, S, serta yang teramat terhad Speciale. Untuk mengetahui tentang pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 sewaktu pertunjukan EICMA 2017, TEKAN SINI.


Jadi, berapa banyak yang perlu anda belanjakan bagi memiliki salah sebuah motosikal terbaru ini? Ia tidak datang dengan murah. BETUL, ianya tidak murah langsung. Bagi pasaran Eropah, Ducati telah menetapkan harga bagi motosikal Ducati Panigale V4 2018 yang standard pada harga €22,590 (kira-kira RM110,182 selepas pertukaran terus).

Menurut Asphalt & Rubber, pembeli di Amerika Syarikat boleh mendapatkannya pada harga $21,195 (sekitar RM88,097), iaitu $1,200 lebih mahal daripada Ducati 1299 Panigale yang bakal dihentikan pengeluarannya itu. Jadi, mari kami bantu anda kira berapa harga motosikal ini jika ianya dibawa masuk ke Malaysia.

Motosikal Ducati 1299 Panigale 2017 telah ditetapkan harganya pada RM172,999 (harga asas beserta GST). Jika kita menggunakan peningkatan harga yang sama seperti pasaran Amerika Syarikat, kita boleh mengagak yang peningkatannya sekitar RM5,000 dari motosikal 1299 Panigale. Jadi, apakah ramalan harga bagi pasaran Malaysia? Kita boleh meletakkan harganya sekitar RM180,000 (Jika perkiraan kami betul dan tepat).

Dan itu hanyalah bagi model standard sahaja, tuan-tuan dan puan-puan. Bagi model Ducati Panigale V4 S 2018, pembeli di Eropah boleh mendapatkannya pada harga €27,890 (sekitar RM136,055). Ianya satu peningkatan yang agak ketara dan kami menjangkakan yang sebaik sahaja model S tiba di negara kita, kami tidak akan hairan sekiranya harga model S ini lebih dekat pada tahap RM190,000.

Bagaimana pula dengan motosikal edisi teramat terhad Speciale? Berapa banyak yang sanggup anda belanja untuk mendapatkan sebuah motosikal yang mampu menghasilkan 226hp dengan beratnya sekadar 165kg sahaja? Untuk pasaran Eropah, ianya ditetapkan pada harga €39,900 (194,608). Ramalan kami, ianya akan mencecah suku juta Ringgit Malaysia, barang kali lebih tinggi lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Ducati Panigale Speciale 2018, TEKAN SINI.

 

 

Leave a Reply