Rangkaian Motosikal Kawasaki Ninja – Adanya Sebuah Motosikal Ninja Untuk Setiap Orang!

 

  • Rangkaian motosikal Kawasaki Ninja telah dikenali ramai sebagai motosikal lumba terbaik dunia dalam pasaran buat masa sekarang.
  • Dari motosikal tahap permulaan Ninja 250 sehinggalah ke motosikal yang dicas lampau Ninja H2R, akan adanya sebuah motosikal Ninja buat semua orang.
  • Rangkaian Ninja kini sedang menuju ke arah pengemaskinian yang besar bagi tahun 2018 dengan pengenalan beberapa buah model yang baru termasuklah Kawasaki Ninja H2 SX 2018.

 

Terdapat pelbagai jenis penunggang motosikal yang mencari motosikal yang terbaik untuk memenuhi keperluan mereka untuk prestasi serta kelajuan. Dengan adanya pelbagai pengeluar serta model yang tersedia di dalam pasaran, salah sebuah motosikal yang paling serba boleh yang dapat memenuhi keinginan mana-mana penggemar motosikal lumba adalah rangkaian motosikal Kawasaki Ninja.

Rangkaian motosikal Kawasaki Ninja terdiri daripada motosikal tahap permulaan Ninja 250, sehinggalah ke pelesit litar dan motosikal yang dicas lampau, H2R. Secara keseluruhannya, terdapat 12 model Ninja yang berbeza yang sedang ditawarkan oleh Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dan dengan sekilas pandang rangkaian berkenaan; anda pasti yakin yang Team Green serius dalam usaha mereka menyediakan motosikal lumba Ninja untuk sesiapa sahaja.


KAWASAKI NINJA 250 (RM17,349 – RM 26,989)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasaran 250cc di Malaysia tidak syak lagi adalah salah sebuah segmen motosikal yang paling popular di dalam negara. Ini adalah kerana yang ianya adalah motosikal berkapasiti terbesar yang boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja dengan lesen motosikal yang sah tanpa perlu ada lesen B penuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal Ninja ini dijana oleh enjin berkembar selari 249cc, sejukan cecair yang menghasilkan 32hp pada 11,000rpm dan 21Nm tork maksima pada 10,000rpm. Digabungkan dengan penggayaan ikonik Ninja, berat 172kg, klac ‘assist-and-slipper’, serta pelbagai lagi kelengkapan, motosikal Ninja 250 ini adalah motosikal lumba tahap permulaan yang sempurna untuk memulakan langkah anda dalam dunia penunggangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Motosikal lumba tahap permulaan Ninja ini didatangkan dalam tiga model yang berbeza; Ninja 250, Ninja 250 SL, dan Ninja 300 ABS. Motosikal Ninja 250 SL memfokuskan kepada perkara paling asas mengenai motosikal Ninja manakala Ninja 300 pula bagi mereka yang inginkan kuasa kuda tambahan tanpa perlu berbelanja besar. Namun, oleh kerana motosikal 300 ini melebihi paras 250cc, anda perlu memiliki lesen B penuh sekiranya ingin menunggangnya secara sah.

Kawasaki Ninja 300 ABS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kawasaki juga turut memperkenalkan motosikal Kawasaki Ninja 250 dan 400 2018 yang serba baru yang akan mula dirasmikan di seluruh dunia mulai awal tahun hadapan. Sebaik sahaja ianya tiba di tanah air kita nanti, motosikal Ninja yang terbaru ini sudah pasti akan meriuhkan lagi segmen motosikal lumba tahap permulaan dalam negara kita ini.

KAWASAKI NINJA 650 ABS (RM37,189)

Beralih pula pada motosikal kelas pertengahan, motosikal Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini melambangkan motosikal lumba 650cc yang sempurna untuk bagi mereka yang ingin beralih ke kapasiti yang lebih tinggi tanpa perlu rasa disesakkan oleh kuasa mahupun tanda harganya.

Dengan harganya yang berpatutan, pakej ini menawarkan motosikal serba boleh yang amat baik yang menggabungkan rekaan hebat, prestasi memuaskan dan secara jujurnya, salah sebuah motosikal lumba yang paling selesa di pasaran pada hari ini. Dilengkapi dengan enjin 649cc, berkembar selari, sejukan cecair, ianya lebih dari cukup untuk membekalkan keterujaan dalam pengalaman penunggangan sewaktu berulang-alik ke tempat kerja anda mahu pun ketika tunggangan hujung minggu.

Digandingkan dengan klac ‘assist-and-slipper’, penggunaan tuil klac serta penukar gear telah dipermudahkan lagi. Anda hanya perlu menggunakan tenaga yang minimal bagi menukar gear walaupun ketika menghadapi kesesakan trafik yang teruk di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Dan sebagai sebuah motosikal yang mampu mencecah kelajuan 200km/j dengan mudah, ianya juga sebuah jentera hari litar yang bagus sekali. Namun begitu, pakej asasnya tidak mencukupi untuk kegunaan ini. Laburkan sedikit wang untuk mendapatkan kelengkapan suspensi premium serta tayar yang sesuai untuk kegunaan litar, serta beberapa pengubahsuaian kepada ergonomik penunggangannya dan anda sudah bersedia untuk berseronok di atas litar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 ini, TEKAN SINI.

KAWASAKI NINJA ZX-6R (RM73,500)

Bermula dari sini, rangkaian motosikal menjadi lebih menarik lagi. Ianya tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal litar yang paling mengagumkan, seperti mana yang telah dibuktikan oleh Kenan Sofuoglu yang telah memenangi kejohanan WorldSSP sebanyak tiga kali di atas jentera Ninja ZX-6R.

Bakal menjadi di antara salah sebuah motosikal lumba kelas pertengahan yang paling mengagumkan sepanjang zaman, enjin 636cc, sejukan cecair, DOHC, empat selarinya ini menjana sehingga 135hp pada tahap 13,500rpm, dan 71Nm tork maksima dengan bantuan “ram air”.

Kawasaki ZX-6R ABS KRT 2016

Segala-galanya mengenai motosikal Ninja ZX-6R ini telah ditala halus untuk prestasi maksimum namun kuasa kuda sahaja tidak mencukupi untuk menjadikannya yang terpantas di atas litar. Pakej suspensi boleh laras sepenuhnya keseluruhan itu membenarkan beberapa aturcara yang berbeza digunakan bagi disuaikan dengan keperluan penunggang yang berbeza.

Kawasaki Ninja ZX-6R ABS SE

Ciri-ciri lain yang menakjubkan termasuklah sistem brek keseluruhan Nissin, mod kuasa boleh pilih, klac ‘assist-and-slipper’, serta Kawasaki Traction Control, adalah antara perincian yang ada pada motosikal ini. Dengan beratnya pada tahap 194kg, ianya menjadikan motosikal Ninja ZX-6R ini terasa bagaikan sebuah motosikal ringan dengan jumlah kuasa kuda dan tork yang mengagumkan.

KAWASAKI NINJA 1000 ABS (RM87,880)

Ssetengah orang berpendapat yang motosikal yang berkuasa perlu mempunyai sebuah versi touring yang dapat merentasi jarak yang jauh tanpa sebarang isu buat jentera mahu pun penunggang. KMSB yang menyedari akan peningkatan pesat dalam komuniti sport touring negara dan memutuskan untuk membawa masuk motosikal Ninja 1000 ABS.

Motosikal ini mengambil prestasi yang terbaik dalam rangkaian Ninja dan menala halus keseluruhan pakej bagi menjadikannya lebih sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Dengan enjin empat selari sejukan cecair 1,043cc yang menjana 111hp dan 102Nm tork, Merentasi negara bukan lagi satu tugas yang membosankan. Digandingkan dengan tangki bahanapi 19 liter, anda juga akan lebih jarang membuat hentian di stesen petrol.

Menggabungkan intipati dan prestasi sebuah Ninja, motosikal ini tidak mengorbankan sedikit pun keselesaannya, menjadikannya salah sebuah motosikal touring paling berkuasa yang sedang ditawarkan oleh KMSB. Jika anda inginkan keserbagunaan, Ninja ini pilihan anda.

KAWASAKI NINJA ZX-10R (Dari RM104,589)

Tanyalah pada sesiapa pun di atas muka bumi ini, motosikal lumba 1000cc manakah yang terhebat sepanjang masa dan anda pasti akan beberapa jawapan yang berbeza, diikuti perdebatan yang tegang dari setiap pihak. Jika anda bertanya kepada Jonathan Rea, penunggang bagi pasukan Kawasaki Racing Team dalam siri perlumbaan WorldSBK, jawapannya sudah pasti sekali adalah Ninja ZX-10R. Dan anda sudah pasti boleh mempercayai jawapan Encik Rea ini memandangkan dia telah memenangi kejohanan dunia WorldSBK tiga tahun berturut-turut di atas jentera kilang Ninja ZX-10RR.

Ia akan mengambil masa yang panjang bagi menerangkan mengapa pakej ini begitu baik sekali untuk perlumbaan. Ianya pakej yang sama digunakan oleh Jonathan Rea, Tom Sykes, dan ramai lagi di seluruh dunia telah membantu dalam membangunkan salah sebuah motosikal lumba jalan raya terhebat yang boleh dimiliki sesiapa sahaja, sekiranya anda mempunyai lebih daripada RM100,000 untuk dibelanjakan.

Daripada suspensi boleh laras sepenuhnya tahap tertinggi Showa, sistem brek Brembo, mod kuasa boleh pilih, kawalan mulaan, qiuckshifter, serta pelbagai lagi kelengkapan yang hebat, Ninja ZX-10R ini tidak syak lagi adalah di antara motosikal lumba terhebat yang ada pada waktu ini. Dengan pakej asas yang dapat mencecah sehingga 200hp dan lebih daripada 113Nm tork maksima, ianya adalah sebuah motosikal yang telah pun memenangi pelbagai perlumbaan dalam berbilang siri perlumbaan dari WorldSBK hinggalah Isle of Man TT yang menggerunkan.

KAWASAKI NINJA ZX-14R ABS (RM127,689)

Di dalam dunia motosikal hypersport, tidak terdapat banyak pilihan yang ada. Dengan prestasi terunggul digabungkan dengan jumlah dan figura yang mengagumkan, motosikal Ninja ZX-14R ABS telah diperkenalkan sebagai pilihan premium bagi mereka yang inginkan jentera touring berasaskan perlumbaan yang muktamad yang dengan mudah dapat merentasi jarak yang jauh dalam masa yang paling singkat.

Pernah dilabelkan sebagai motosikal pengeluaran dengan pemecutan terpantas di dunia, Kawasaki menyatakan yang motosikal ZX-14R ini akan “memastikan penunggang berasa selesa sama ada sewaktu mendaki jalan yang bersimpang siur memanjat bukit, menuju ke sempadan negara untuk bertemu teman untuk makan tengah hari, atau menyelinap di lalulintas bandaraya, seperti mana ia memecut laju di atas landasan ‘drag strip’.”

“Raja untuk Semua Motosikal Lumba” ini adalah kombinasi seimbang di antara prestasi perlumbaan dominan, penggayaan, keselesaan, dan pilihan keseluruhan teknologi serta bantuan penunggangan elektronik Kawasaki yang menjana sehingga 207hp dan 158Nm tork. Anda boleh menunggang motosikal ini untuk makan tengah hari di Thailand dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk makan malam, sekiranya anda mahu dan larat untuk melakukannya.

KAWASAKI NINJA H2 (Dari RM153,900)

Motosikal paling hebat dalam rangkaian Ninja bagi kebanyakan kita sudah pasti adalah ZX-10R namun KMSB ada sesuatu yang lebih istimewa yang hanya akan dipamerkan buat individu yang teramat istimewa yang inginkan yang terbaik di antara yang terbaik. Kami merujuk kepada motosikal superbike pengeluaran yang dicas lampau pertama dalam dunia, Kawasaki H2.

Dianggap ramai sebagai kenderaan dua roda yang terulung, motosikal H2 dilengkapi dengan enijn empat selari, aruhan paksaan (forced induction), 998cc yang menjana jumlah melebihi 200hp dan 130Nm tork dan jumlah itu lebih tinggi jika anda lihat pada motosikal kegunaan litar sahaja, H2R.

Berharga RM153,900 (harga asas beserta GST), ianya sebuah motosikal yang agak mahal namun ianya satu harga yang kecil bagi sebuah motosikal yang telah dilengkapi dengan kelengkapan yang terbaik daripada Kawasaki. Sesetengah penunggang ada mengatakan anda mempunyai motosikal yang sempurna sekiranya anda berhenti dan melihatnya bagi menghayati keindahan jentera anda itu. Dengan motosikal H2 ini, anda dan ramai lagi pasti akan terduduk dan terpaku melihat si buas ini, apatah lagi dengan motosikal H2R.

Di samping itu, motosikal Kawasaki H2 SX 2018 baru sahaja dilancarkan sewaktu EICMA 2017 di Milan dan ia menjanjikan masa hadapan yang gemilang dalam segmen motosikal hypersport. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai H2 SX 2018, TEKAN SINI.

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai motosikal yang ada dalam rangkaian Ninja ini. Bagi mereka yang tercari-cari motosikal lumba yang sesuai pasti akan menjumpai motosikal yang sempurna dalam rangkaian ini. Walau apa pun pilihan anda nanti, anda pasti akan berpuas hati dengan mana-mana motosikal Ninja pilihan anda nanti.

Semaklah keseluruhan rangkaian motosikal Ninja di laman sesawang rasmi Kawasaki Motors Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Leave a Reply