Ducati Mengejutkan Dunia Dengan Motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018

  • Bersama dengan pengenalan motosikal terbaru mereka, Ducati Panigale V4 dan Ducati Panigale V4 S, Ducati telah membuat kejutan dengan memperkenalkan motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018.
  • Motosikal Panigale Speciale 2018 menjana 226hp dan hanya seberat 165kg, oleh kerana ia menggunakan sistem ekzos titanium sepenuhnya Akrapovic dan roda magnesium.
  • Hanya 1,500 buah unit motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018 yang akan dikeluarkan untuk seluruh dunia.

 

Selain daripada pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018 yang mengagumkan bersempena dengan Pertunjukan EICMA Milan, Ducati sekali lagi telah membuat kejutan dengan menyingkap tirai di sebalik motosikal Ducati Panigale V4 Speciale yang terhad serta menawan.

DU 2017-10-03 1409

Apakah keistimewaan motosikal Panigale V4 Speciale ini? Pertama sekali, Ducati telah mengumumkan bahawa hanya 1,500 buah unit sahaja yang boleh didapati di seluruh dunia. Berbanding dengan motosikal Panigale V4 standard dan model S, ianya ketara sekali merupakan di antara motosikal superbike keluaran Ducati paling ringan dan serta paling berkuasa yang pernah ada. Sejumlah 226 kuasa kuda memacu motosikal yang begitu ringan sehinggakan anda boleh “Bench Press”-nya sekiranya anda pengunjung gim yang tegar.

DU 2017-10-03 1409

Penambahan kuasa sebanyak 12hp itu dapat dilakukan dengan melengkapkannya dengan sistem ekzos titanium sepenuhnya Akrapovic. Ekzos yang baru ini boleh digunakan pada keseluruhan rangkaian motosikal Panigale V4 yang mana boleh membantu mengurangkan beratnya sebanyak 10kg dan menambah kuasa tambahan tersebut. Jadi ya, lebih ringan serta lebih berkuasa.

Satu lagi ciri premium yang juga pilihan tambahan adalah roda magnesium yang juga membantu mengurangkan beratnya berbanding dengan dua model Panigale V4 yang lain. Jika anda mempunyai wang untuk memiliki motosikal Panigale V4 Speciale ini, pastikan anda mendapatkan roda magnesium ini supaya ianya lebih istimewa lagi.

Aspek-aspek yang lain pada motosikal ini mirip apa yang terdapat pada motosikal Panigale V4 S 2018 dari suspensinya ke pakej brek kecuali untuk beberapa bahagian karbon fiber dan aluminium istimewa yang khusus untuk Speciale ini. Brek dan penyerap hentakannya boleh ditala dengan serta merta seperti mana yang boleh dilakukan oleh jentera MotoGP dan WorldSBK.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model Panigale V4 standard dan S 2018, TEKAN SINI.

Ciri-ciri yang yang terdapat pada motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018 ini adalah pakej suspensi elektronik keseluruhan Ohlins, bateri litium-ion, roda aluminium tempa Marchesini serta sub-kerangka dibuat daripada magnesium yang boleh anda dapati juga pada Panigale V4 S 2018.

Anda ada wang lebih yang ingin dibelanjakan? Lebih baik anda bersegera kerana seperti apa yang telah dinyatakan pada awalnya, hanya 1,500 buah unit sahaja yang akan dikeluarkan dan kami amat pasti sekali yang harganya itu akan meningkat dengan mendadak.

 

 

49 Replies to “Ducati Mengejutkan Dunia Dengan Motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.