Yamaha MT-09 SP 2018 – “Mencabar Kegelapan”

 

  • Motosikal Yamaha MT-09 SP 2018 terbaru telah diperkenalkan semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan, Itali baru-baru ini.
  • Mengambil inspirasi daripada motosikal Yamaha MT-10 SP, Motosikal MT-09 SP ini telah dilengkapi dengan pengemaskinian suspensi keseluruhan yang amat diperlukannya.
  • Ciri-ciri baru yang lain termasuk kawalan cengkaman, quickshifter, lampu hadapan projektor LED, kemasan warna “Silver Blu Carbon”, dan pelbagai lagi kelengkapan lain yang diinspirasikan oleh saudaranya yang lebih besar serta berkuasa itu.

 

Motosikal Yamaha paling laris di dunia pada ketika ini dengan hampir 50,000 unit dijual baru sahaja mendapat pengemaskinian yang amat diperlukan bagi tahun 2018. Sewaktu pertunjukan motosikal EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, Yamaha telah memperkenalkan motosikal Yamaha MT-09 SP 2018 yang telah diperkemaskini.

Salah satu sebab utama mengapa model ini di begitu laris adalah kerana pakej prestasi keseluruhannya yang didatangkan pada tanda harga yang amat menarik. Siri motosikal MT-09 telah mendapat sambutan di Malaysia disebabkan oleh enjin tiga selari, 847cc-nya dengan daya kilas yang amat menakjubkan itu.

Yamaha telah melengkapkan pengemaskinian yang amat diperlukan pada pakej motosikal ini, terutamanya pada bahagian suspensinya. Bagi tahun 2018, motosikal MT-09 ini dilengkapi dengan fork hadapan boleh laras sepenuhnya Kayaba beserta dengan penyerap hentakan belakang Ohlins yang datang dengan pelarasan kawalan jauh bagi membantu dalam menangani ke semua kuasa dan tork motosikal itu dengan lebih baik terutamanya di atas jalan raya di bandar.

Motosikal MT-09 SP 2018 juga telah dilengkapkan dengan kawalan cengkaman boleh pilih serta quickshifter bagi mempertingkatkan lagi pengalaman penunggangannya. Ianya telah terbukti secara saintifik bahawa apabila anda melengkapkan quickshifter kepada mana-mana motosikal, ia menjadi dua kali lebih baik, menurut majoriti penunggang.

Motosikal ini dilengkapkan dengan set suspensi yang sama terdapat pada motosikal Yamaha MT-10 SP semasa. Ciri-ciri yang amat menonjol yang lain yang diambil dari motosikal MT-10 SP adalah lampu hadapan projektor LED, pelana, roda, palang pemegang, panel meter LCD, dan yang pasti sekali, kemasan warna “Silver Blu Carbon”.

Tiada lagi berita mengenai harga yang akan ditetapkan atau sekiranya Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) akan membawa masuk motosikal ini ke tanah air kita. Jika mereka membawa motosikal ‘jahat’ ini ke pasaran kita, kami jangkakan yang harga yang akan ditetapkan pada kira-kira RM50,000. Mungkin lebih.

YAMAHA MT-09 SP 2018

YAMAHA MT-09 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.