Perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023 menyaksikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia cemerlang untuk merekodkan kemenangan pertama musim ini. Juara dunia MotoGP musim lalu itu menampilkan aksi konsisten untuk menang pusingan pertama diikuti Maverick Vinales (Aprilia) kedua dan Marco Bezzecchi (VR46) ketiga. Bagaimanapun, aksi pembukaan kali ini terpalit dengan insiden kontroversi membabitkan lapan kali…
Tag: aprilia
Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Aprilia Tuono 660 Factory untuk pasaran tempatan. Berbanding (model standard) Tuono 660 yang menawarkan 95hp daripada enjin 659cc parallel-twin, versi Factory pula menawarkan kuasa yang lebih tinggi, 100hp dan 67Nm. Selain daripada kuasa yang lebih tinggi, Tuono 660 Factory ini juga hanya datang…
Tidak dinafikan motosikal Aprilia RS250 cukup gah sejak diperkenalkan dari 1994 hingga 2004. Bagaimanapun, enjin dua-lejang (2-stroke) merupakan teknologi lama dan tidak bersih untuk pasaran semasa di samping tidak melepasi standard emisi global. Namun, perkembangan terbaru mengesahkan bahawa Aprilia akan kembalikan model RS250 namun dengan enjin baharu. Enjin tersebut merupakan platform parallel-twin 250cc 4-lejang (4-stroke). …
Tahun 2022 menjadi tahun penting buat Aprilia apabila meraikan ulang tahun ke-30 kejayaan merangkul kejuaran dunia Grand Prix sulung. Menariknya, tahun ini juga menyaksikan Aprilia melakar pencapaian penting di pentas MotoGP, dengan Aleix Espargaro memenangi GP Argentina manakal rakan sepasukan Maverick Vinales telah pun merekodkan podium keduanya di GP San Marino, pada Ahad. Sehubungan itu,…
RNF Racing akan memulakan aksi sulung selaku pasukan satelit Aprilia bagi musim 2023 di Kejuaraan Dunia MotoGP dengan gandingan Miguel Oliveira dan Raul Fernandez. RNF dalam satu kenyataan mengesahkan barisan pelumba bagi musim 2023 dengan menamakan Oliveira dan Fernandez sebagai pilihan utama. Menariknya, kedua-dua pelumba akan bersama-sama RNF Aprilia bagi musim 2023 hingga 2024 setelah…
Umum mengetahui bahawa RNF Racing kendalian Datuk Razlan Razali akan beralih kepada jentera Aprilia bagi musim 2023. Ini kerana pasukan itu akan bergerak sebagai skuad satelit Aprilia musim depan setelah mempersetujui kerjasama jangka panjang bersama jenama motosikal Itali itu. Bagaimanapun, setakat ini Razlan Razali dan pasukan RNF Racing masih belum mengumumkan barisan pelumba bagi musim…
Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP hujung musim ini. Dovizioso mengesahkan perkara itu dengan mendedahkan bahawa dia tidak akan mencari slot bagi musim 2023 sebaliknya akan mencari alternatif lain atau bersara terus dari dunia perlumbaan. “Saya tidak akan berlumba, itu pasti. Saya selalu berkata bahawa jika saya gagal beraksi secara kompetitif, saya…
Jenama motosikal Itali, Aprilia, telah pun memperkenalkan skuter maxi SR MAX 250 HPE di China. HPE merujuk pada High Perfomance Edition yang sekaligus memberi tumpuan kepada naik taraf prestasi enjin. Berdasarkan info dikongsikan, SR MAX 250 HPE ini dikuasakan enjin satu silinder 244cc 4-lejang dengan penyejukan cecair yang menjana 25hp dan 21.6Nm. Skuter maxi ini…
Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo telah dikenakan denda gara-gara kesilapannya melanggar Aleix Espargaro di GP Belanda pada Ahad. Ketika cuba mengejar Francesco Bagnaia sebaik perlumbaan bermula, Quartararo kehilangan kawalan di Turn 5 lalu terbabas dan terlanggar wakil Aprilia, Espargaro. Espargaro kemudiannya terpaksa mengejar semula kelompok depan apabila jatuh ke kedudukan ke-15 sebelum berjaya menamatkan saingan di…