RASMI: Razlan Umum Miguel Oliveira, Raul Fernandez Pelumba Rasmi RNF Aprilia

Advertisements

RNF Racing akan memulakan aksi sulung selaku pasukan satelit Aprilia bagi musim 2023 di Kejuaraan Dunia MotoGP dengan gandingan Miguel Oliveira dan Raul Fernandez.

RNF dalam satu kenyataan mengesahkan barisan pelumba bagi musim 2023 dengan menamakan Oliveira dan Fernandez sebagai pilihan utama.

Menariknya, kedua-dua pelumba akan bersama-sama RNF Aprilia bagi musim 2023 hingga 2024 setelah mengikat kontrak dua tahun.

Prinsipal pasukan, Razlan Razali, turut berkongsi keterujaan selepas berjaya memikat kedua bakat muda itu.

“Kami sangat teruja untuk mengucapkan selamat datang kepada Miguel Oliveira dan Raul Fernandez kepada pasukan WithU RNF MotoGP Team bermula musim 2023.

“Proses ini bukan mudah tetapi bersama Aprilia kami amat jelas dengan pilihan kami.

“Kedua-duanya adalah pelumba muda yang mempunyai pengalaman terutamanya dari Miguel (Oliveira) dan Raul yang saya sendiri merupakan peminat besarnya sejak dari Moto2 lagi.

“Sangat mengujakan kerana kami akhirnya berjaya mendapat khidmatnya,” jelas Razlan. 

Kedua-dua pelumba tersebut telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke RNF Aprilia sebelum ini. 

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali turut tidak berselindung dengan menyatakan Fernandez kekal menjadi pilihan utamanya sebelum ini.

Sementara itu, dengan pengesahan Oliveira, ini bermakna pelumba Tech3 KTM ketika ini, Remy Gardner, berpeluang besar untuk ke Tech3 GASGAS bagi digandingkan bersama Pol Espargaro.

Gardner sebelum ini menyatakan kebimbangan terhadap senario semasa di KTM dengan pasukan itu berharap Oliveira kekal agar dapat sertai GASGAS.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.