Aprilia Bangunkan Enjin Parallel-Twin 250cc 4-Lejang, Kembalinya RS250

Advertisements

Tidak dinafikan motosikal Aprilia RS250 cukup gah sejak diperkenalkan dari 1994 hingga 2004. 

Bagaimanapun, enjin dua-lejang (2-stroke) merupakan teknologi lama dan tidak bersih untuk pasaran semasa di samping tidak melepasi standard emisi global.

Namun, perkembangan terbaru mengesahkan bahawa Aprilia akan kembalikan model RS250 namun dengan enjin baharu.

Enjin tersebut merupakan platform parallel-twin 250cc 4-lejang (4-stroke). 

Lakaran CAD ini memaparkan enjin parallel-twin 250cc DOHC 4-lejang serba baharu yang sedang dibangunkan Aprilia. Menariknya, enjin ini menempatkan ‘central-cam drive’ antara silinder berbanding pada satu belah sahaja. 

Konfigurasi ini jarang diterapkan namun Honda juga pernah mengguna pakai konsep sama antaranya pada Honda CBX 1000 dan VFR400R.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada konfigurasi ini termasuk menghasilkan ‘cylinder head’ yang lebih kompak sekaligus mengurangkan tahap kelenturan ‘camshaft’ dan ‘crankshaft’. 

Apa yang pasti, enjin 250cc parallel-twin yang dibangunkan Aprilia ini tidak pernah lagi dibuat pengeluar lain.

Untuk rekod, enjin tersebut telah didaftarkan oleh Zongshen-Piaggio di China dan akan menjadi nadi kepada RS250 serba baharu untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. 

Manakala, untuk pasaran Asia pula Aprilia akan menggunakan nama GPR250RR. 

*Aprilia RS250 SP

Zongshen sebelum ini juga bertanggungjawab menghasilkan Aprilia RS125 dan GPR250R untuk pasaran China yang digerakkan enjin satu silinder. GPR250R juga menjadi platform kepada RS250 SP yang dipasarkan sebagai jentera litar di Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Pembangunan model baharu ini secara tidak langsung menandakan langkah baru Aprilia dan menyaingi segmen ‘sportsbike’ 250cc yang ketika ini diterajui Yamaha R25, Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja 250. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.