Category: Triumph Motorcycles
Triumph Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan harga motosikal mereka dengan kadar GST 0%. Pengeluar dari Hinckley itu telah meletakkan harga yang kini lebih menggiurkan. Pengumuman harga yang baru itu bersamaan dengan ketibaan model Tiger 800 XCA dan Tiger 800 XRT.
Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan Price Protection Scheme (Skema Perlindungan Harga) untuk ke semua motosikal baru mereka yang belum berdaftar. Skema ini akan melindungi bakal pemilik motosikal Triumph dari sebarang naik turun harga berikutan pertukaran cukai yang baru (GST ke SST). Sekiranya harganya meningkat, mereka akan menggunakan harga asal yang lebih rendah. Sekiranya ianya turun,…
Triumph Street Triple 765 RS 2018 telah dilancarkan secara rasmi dengan dua varian lain pada bulan Ogos yang lalu. Kita sudah sedia maklum yang motosikal Street Triple 765 RS ini adalah jentera hari litar yang mengagumkan, bagaimana pula dengan prestasinya sebagai motosikal tunggangan harian? Triumph Street Triple 765 RS 2018 telah ditetapkan pada harga RM66,900…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Triumph Tiger 800 XRx adalah sebuah motosikal yang lebih kepada sport-tourer berbanding dengan model Tiger 800 XCx. Kedua-dua rangkaian XC dan XR telah dilancarkan pada bulan lalu. Harga bagi motosikal rangkaian XR bermula dari RM56,900 (harga asas beserta GST) tetapi anda perlu bertindak segera, kerana tawaran ini adalah sehingga Julai…
Triumph Motorcycles UK telah melancarkan dua buah model motosikal Triumph Bonneville Spirit of ’59 yang amat istimewa dan terhad. Motosikal T100 dan T120 edisi khas ini akan disertakan dengan skema warna yang mengenang kembali kepada motosikal Triumph T120 Bonneville 650 1959 yang original. Hanya 59 buah unit bagi setiap model berkenaan akan dikilangkan dengan harganya…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Triumph Tiger 800 XCx 2018 baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini (Mac 2018). Walaupun ianya kelihatan tidak jauh berbeza dari sebelumnya, Triumph telah melaksanakan beberapa kemaskini yang menakjubkan. Motosikal Triumph Tiger 800 XCx ini telah ditetapkan harganya pada RM74,900 (harga asas beserta GST), namun, motosikal tahap mulaan yang…
Gambar intipan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah Triumph Street Scrambler 1200cc telah pun tersebar di atas talian. Motosikal Street Scrambler yang baru itu dikatakan mempunyai enjin berkembar selari 1200cc yang lebih besar, mirip seperti yang digunakan pada motosikal Bobber. Ciri menarik yang lain termasuklah brek Brembo, fork terbalik Showa, penyerap hentakan belakang Ohlins, dan…
Motosikal Triumph 3HW adalah salah sebuah motosikal Triumph yang telah dihasilkan untuk kegunaan tentera. Ia telah berkhidmat sepanjang Perang Dunia ke-2. Selebriti terkenal, Wak Doyok telah memperoleh sebuah model ini.