Triumph Bonneville Spirit of ’59 Edisi Terhad Diperkenalkan

  • Triumph Motorcycles UK telah melancarkan dua buah model motosikal Triumph Bonneville Spirit of ’59 yang amat istimewa dan terhad.
  • Motosikal T100 dan T120 edisi khas ini akan disertakan dengan skema warna yang mengenang kembali kepada motosikal Triumph T120 Bonneville 650 1959 yang original.
  • Hanya 59 buah unit bagi setiap model berkenaan akan dikilangkan dengan harganya ditetapkan pada £10,600 (sekitar RM58,000) bagi model T120, dan £9,000 (sekitar RM49,260) untuk T100 bagi pasaran UK.

Triumph Motorcycles adalah sebuah jenama buat sekian lamanya telah yang cukup terkenal dengan motosikal-motosikal khusus amat menakjubkan. Untuk kali ini, mereka telah memperkenalkan motosikal Triumph Bonneville T100 dan T120 edisi terhad yang amat istimewa sebagai sebahagian daripada kempen “Spirit of ’59“.

Kempen “Spirit of ’59” ini menandakan 59 tahun sejak motosikal Bonneville yang pertama diperkenalkan. Motosikal edisi terhad T100 dan T120 tersebut telah dicat khusus dan hanya 59 buah unit sahaja akan dihasilkan bagi setiap model berkenaan. Kemasan warna khusus bagi kedua-dua motosikal Bonneville edisi terhad ini sudah pasti menyerlahkan lagi semangat sebenar motosikal Bonneville yang pertama pada tahun 1959 itu.

Triumph T120 Bonneville 650 1959

Motosikal Triumph Bonneville T120 Spirit of ’59 Limited Edition 2018 membawa perwatakan yang sama seperti motosikal T120 Bonneville 650 1959 yang asal dengan kemasan warna ikonik biru dan jingganya. Gandingan warna yang retro tersebut, beserta dengan enjin sejukan cecair, berkembar selari 1,200cc, yang menghasilkan sehingga 79hp dan 104Nm tork adalah lambang sempurna sebuah motosikal moden klasik.

Bagi motosikal edisi terhad T100 pula, kombo warna biru dan jingga tersebut, yang terhampar di atas warna Opal White juga turut melambangkan semangat motosikal Triumph Bonneville 650 1959. Dalam memberi penghormatan kepada warisannya, motosikal T100 Spirit of ’59 menawarkan sentuhan penggayaan tambahan terhadap tahap keanggunan dan elegan motosikal berkenaan.

Motosikal T120 edisi terhad ini telah ditetapkan harganya pada £10,600 (kira-kira RM58,000), manakala T100 900cc pula pada harga £9,000 (sekitar RM49,260) di pasaran UK. Tiada sebarang berita sama ada ianya akan di bawa masuk ke tanah air kita, namun, kami pasti yang mereka di Triumph Motorcycles Malaysia boleh membantu anda.

Tunggangan Pertama: Triumph Bonneville Bobber Black, Tiger 800 XCX, Tiger 800 XRX

 

Leave a Reply