Diuji: Triumph Street Triple 765 RS 2018

  • Triumph Street Triple 765 RS 2018 telah dilancarkan secara rasmi dengan dua varian lain pada bulan Ogos yang lalu.
  • Kita sudah sedia maklum yang motosikal Street Triple 765 RS ini adalah jentera hari litar yang mengagumkan, bagaimana pula dengan prestasinya sebagai motosikal tunggangan harian?
  • Triumph Street Triple 765 RS 2018 telah ditetapkan pada harga RM66,900 (harga asas beserta GST).


Pada bulan Ogos yang lalu, Triumph Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah melancarkan generasi terkini rangkaian motosikal naked, Triumph Street Triple 765 RS 2018. Tunggang uji media telah dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi membolehkan pihak media untuk menguji sendiri motosikal ini sendiri.

Tiga buah varian yang berbeza untuk rangkaian motosikal Street Triple terbaru telah diperkenalkan, iaitu model standard Triumph Street Triple 765 S, model pertengahan Triumph Street Triple 765 R LRH (Low Ride Height), dan model utama Triumph Street Triple 765 RS.

Sumber imej: Razif Sangit

Penulis telah dapat menunggang motosikal Street Triple 765 RS dahulu sebelum menunggang model-model yang lain dan hanya mampu membuat sebanyak tiga pusingan sahaja sebelum sesi hari litar itu dihentikan seketika akibat ‘red flag’. Sementara kami menantikan kebenaran untuk kembali semula ke litar, jadual masa telah pun menginjakkan penulis ke model standard Street Triple 765.

Walaupun motosikal Triumph Street Triple 765 S cukup menyeronokkan untuk ditunggang di atas litar SIC, ianya sebenarnya lebih kepada sebuah jentera tunggangan harian bagi penunggang yang tercari-cari motosikal ulang alik dengan sesuatu yang istimewa. Jauh di satu sudut minda penulis, masih terasa lagi kehebatan RS sebagai sebuah senjata hari litar walaupun terhad masa penulis di atas pelananya.

Bulan lalu, Triumph Motorcycles Malaysia telah memberikan kami peluang kedua untuk menguji secara menyeluruh kebolehan varian Street Triple 765 RS ini. Jutaan terima kasih buat Dato’ Razak Al-Malique, Ketua Pegawai Operasi Fast Bikes Sdn. Bhd. (Triumph Motorcycles Malaysia) yang telah menjayakannya.

Mengingati semula tunggangan sebentar di atas Street Triple 765 RS pada tahun lalu, motosikal terpahat di minda penulis sebagai jentera hari litar kelas pertengahan muktamad yang mampu melakukan perkara yang penunggang biasa tidak akan lakukan di atas jalan raya awam. Kami mengambil tempoh hampir dua pusingan untuk membiasakan diri dengan ergonomik, kawalan dan agihan kuasa motosikal berkenaan, sebelum lebih berkeyakinan untuk menguji kebolehannya.

Jika diberikan masa yang mencukupi, kami yakin ramai yang menunggang uji motosikal ini pasti akan seronok menggeserkan ‘knee slider’ di atas tarmac. Pada waktu itu, penulis agak kurang yakin bahawa motosikal Triumph Street Triple RS 765 ini mampu beraksi sama baik di atas jalan raya kerana kebanyakan jentera hari litar tidak direka bentuk untuk senario penunggangan harian normal.

Selepas beberapa hari menunggang motosikal Street Triple 765 RS ini sekerap yang mungkin, kami dapat katakan dengan sejujurnya yang varian RS ini lebih daripada mampu untuk menangani keperluan harian pengangkutan, tetapi, dengan kebolehan untuk memecut laju dengan adanya pendikit yang dilengkapi dengan ‘Ride-by-Wire’. Memulas pendikitnya dan meluncur laju di atas jalan raya yang terbentang luas terasa seperti kali pertama kita diperkenalkan dengan sut Hulkbuster Iron Man; perkasa, mengujakan dan menegakkan bulu roma.

Apabila anda mempunyai sebuah enjin 765cc, sejukan cecair, DOHC, tiga selari, yang menghasilkan 121hp pada 11,700rpm dan 77Nm tork pada 10,800, cukup sukar bagi penulis untuk tidak memulas sahaja pendikitnya dan memecut selajunya. Di atas litar, mencecah kelajuan melebihi 220km/j di jalan lurus adalah pengalaman yang mengujakan dan di atas jalan raya, berada di kelajuan lebuh raya cukup senang dicapai.

(NOTA: Ini adalah enjin yang sama akan diguna pakai kelas pertengahan Moto2 bermula pada musim 2019.)

Dari segi kecekapan bahanapi pula, kami berjaya mencecah paras sekitar 5 liter bagi setiap 100km, walaupun dengan penunggangan yang laju yang telah dilakukan.Secara teori, ia mampu mencapai sehingga 348km bagi setiap tangki penuh bahanapi (17.4 liter) tetapi bagi kami untuk mencapai jarak 300km sebelum perlu berhenti bagi mengisi semula adalah satu pencapaian yang cukup baik bagi sebuah motosikal yang lebih berorientasikan prestasi.

Bagi menambahkan lagi tarikan model Street Triple RS ini, quickshifter telah dilengkapkan sebagai standard bagi varian ini dan pemecutan dari satu lampu isyarat ke lampu isyarat seterusnya cukup hebat sekali, tanpa sebarang sensadi yang mendesakkan yang selalu ada pada motosikal jenis ini dengan keluaran kuasa sebegini.

Ke semua kuasa tersebut dipacu ke roda belakang melalui transmisi enam kelajuan bantuan klac ‘slipper’. Pertukaran gearnya lancar, pantas dan lembut, walaupun dengan tork yang ada. Satu lagi benda yang hebat pada motosikal RS ini adalah ianya dilengkapi dengan tayar yang cukup hebat sekali yang melitupi roda 17 incinya itu, iaitu Pirelli Diablo Supercorsa SP.

Ini adalah satu faktor utama mengapa kami cukup seronok mengujinya di atas litar pada tahun lalu, dan juga tunggangan yang mengujakan mendaki jalan berbukit pada hujung minggu. Tidak banyak kekurangan yang dapat diperkatakan mengenai Street Triple 765 RS ini kecuali tayarnya yang tidak akan bertahan lama untuk tunggangan harian. Ini mungkin menyebabkan bahagian tengah yang lebih haus berbanding sisinya yang kekal bersih dan mencengkam.

Oleh dengan itu, varian standard Street Triple 765 RS menawarkan pilihan yang lebih mesra belanja bagi mereka yang inginkan pakej yang sama pada harga yang lebih berpatutan. Pada harga RM52,900 (harga asas beserta GST), ianya lebih rendah daripada RS yang berharga RM66,900.

Lebihan sebanyak 14 ribu itu memberikannya banyak kelengkapan tambahan seperti fork terbalik boleh laras sepenuhnya Showa Big Piston Fork, penyerap hentakan belakang boleh laras sepenuhnya dengan redaman ‘piggyback’ Ohlins STX40, cakera brek hadapan berkembar 310mm angkup monobloc radial empat omboh Brembo M50, dan satu cakera brek belakang 220mm angkup satu omboh, dan lain-lain lagi.

Hasilnya? sebuah pakej suspensi yang cukup serba boleh, memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang, gaya penunggangan, dan keadaan jalan raya. Breknya teramatlah responsif dan membolehkan pemodulasian yang hebat mengikut citarasa penunggang. Ini menjadikan RS ini agak menyeronokkan dari segi pembrekan, seperti mana ianya dari segi pemecutan. Jika kelincahan menjadi keutamaan anda, varian RS ini pilihan yang nyata.

Sekali lagi, prestasi hebat memerlukan pengorbanan dari segi ketahanan. Pendek kata, pad breknya tidak akan bertahan lama seperti mana yang telah direka untuk kegunaan harian seperti pakej yang sedia ada pada Street Triple 765 S. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan prestasi hebat yang ada pada RS ini.

Sebagai salah sebuah motosikal naked berprestasi tinggi terbaik dunia, ergonomik penunggangannya agak selesa, kecuali untuk ketinggian pelananya yang agak tinggi. Walaupun ianta membolehkan kedudukan menunggang yang lebih agresif berbanding varian S, model RS ini masih lagi jentera yang agak baik untuk ditunggang walaupun sewaktu mengharungi kesesakan trafik yang berpanjangan.

Kami boleh katakan yang pembahagian beratnya agak sekata di seluruh jentera, walaupun anda perlu memanjangkan lengan anda untuk mencapai palng pemegang. Reka bentuk tangki bahanapi membolehkan cengkaman optimum menggunakan bahagian bawah badan anda dan dengan kekuatan pusat yang baik, ianya agak sukar untuk melenguhkan lengan anda sewaktu menunggang motosikal RS ini.

Mengerjakan klacnya tidaklah memenatkan dan memodulasi pulasan pendikit tidak memerlukan anda untuk melakukannya dengan betul-betul tepat (selagi anda berada dalam mod Road). Terdapat lima mod penunggangan yang berbeza secara keseluruhannya; Rain, Road, Sport, Track dan Rider Programmable. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, model RS ini cukup sesuai untuk sebarang keadaan menunggang (kecuali off-road. Untuk berseronok di atas tanah merah, pilihlah Triumph Tiger 800 XCx yang baru.)

Meletakkannya dalam mod Rain atau Road dengan bantuan elektronik pada tahap yang lebih tinggi seperti kawalan cengkaman, sensitiviti pendikit, dan agihan kuasa yang ketara dalam dua gear pertama. Model RS ini amat memaafkan kesilapan terutamanya bagi penunggang yang lebih baru sewaktu menggunakan dua mod ini namun sebaik sahaja anda telah serasi dengan pengendaliannya, tukarlah pada mod Sport bagi menjadikannya lebih teguh yang mana ianya amat berguna sewaktu anda keluar dari bandaraya dan menuju ke jalan yang bersimpang siur.

Penggemar hari litar pasti menghargai mod Sport ini namun bagi mereka yang kerap berada di litar boleh memilih satu lagi mod yang terdapat pada varian R dan S; mod Track. Kami pernah merasanya untuk seketika sewaktu kami mengujinya di Sepang pada tahun lalu kerana ia membolehkan prestasi yang lebih hebat sewaktu pembrekan keras dan pemecutan secara tiba-tiba. Ia membolehkan tayar belakang untuk menggelincir sewaktu keluar dari selekoh dan mengurangkan ‘rear wheel lift mitigation’ sebaik sahaja anda mencengkam keras brek hadapan. Motosikal ini amat menyeronokkan.

(NOTA: Bagi penunggang professional, terdapat juga mod Rider yang membolehkan pengkhususan penuh keseluruhan bantuan penunggangan elektronik.)

Bertukar dari satu mod ke mod yang lain dengan atur cara yang lain seperti ABS dan kawalan cengkaman dapat dilakukan dengan kawalan kayu-ria lima arah yang disambung kepada paparan TFT lima inci berwarna yang menggamit mata. Dapat dibandingkan kecantikan paparannya dengan Apple iPad. Cukup indah sekali paparannya.

Gabungan baik antara garisan yang garang dan lancar menjadikan RS ini sebuah jentera yang menggiurkan, walaupun pada kedudukan pegun. Digandingkan dengan pilihan warna Matte Silver Ice, anda pasti akan sering kali akan mengagumi kecantikannya sesudah anda puas menunggangnya (yang mana penulis telah lakukannya dengan cukup kerap sekali).

Secara keseluruhannya, dengan harga RM66,900 (harga asas beserta GST), model RS ini sebenarnya satu tawaran yang cukup menakjubkan dengan segala kelengkapan yang ada, yang sering kali hanya didapati pada motosikal superbike mewah dalam linkungan harga melebihi RM100,000. Triumph Street Triple 765 RS 2018 merupaka jentera hari litar yang hebat tetapi, pada masa yang sama cukup jinak untuk kegunaan harian. Dengan erti kata lain, motosikal ini adalah kedua-dua “Beauty AND the Beast”.

Leave a Reply