Gambar Motosikal Triumph Street Scrambler 1200cc Tersebar?

  • Gambar intipan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah Triumph Street Scrambler 1200cc telah pun tersebar di atas talian.
  • Motosikal Street Scrambler yang baru itu dikatakan mempunyai enjin berkembar selari 1200cc yang lebih besar, mirip seperti yang digunakan pada motosikal Bobber.
  • Ciri menarik yang lain termasuklah brek Brembo, fork terbalik Showa, penyerap hentakan belakang Ohlins, dan pelbagai lagi kelengkapan ‘off-roads’.

Sumber imej: MCN

Laporan terkini oleh MCN telah mengatakan bahawa Triumph Motorcycles kini sedang dalam fasa pengujian dalam penghasilan rangkaian motosikal moden klasik terkini mereka. Gambar intipan terkini mereka juga telah menunjukkan sebuah motosikal Triumph Street Scrambler 1200cc mungkin sekali salah sebuah daripada motosikal yang akan ditawarkan.

Sewaktu rangkaian Bonneville yang baru dilancarkan semula beberapa bulan yang lalu, penggunaan enjin sejukan cecair 1,200cc yang lebih besar dapat dilihat dalam rangkaian T120. Motosikal Street Scrambler pula, bagaimanapun, kekal menggunakan enjin berkembar selari 900cc dari rangkaian T100, namun, dengan 55hp dan 80Nm, ia masih lagi sebuah jentera yang mengujakan untuk ditunggang.

Berdasarkan gambar intipan dan maklumat lain yang telah terkumpul, motosikal Street Scrambler ini bakal menerima penambahbaikan yang besar dari segi kuasa, suspensi, serta daya henti. Kami andaikan yang motosikal Triumph Street Scrambler 2019 yang baru itu akan dijana oleh enjin berkembar selari, tork tinggi, 1,200cc, yang digunakan dalam rangkaian T120 dan juga Bobber, yang menghasilkan 80hp dan 105Nm.

Sumber imej: MCN

Kita juga dapat melihat satu set suspensi yang berlainan digunakan dalam gambar intipan tersebut, di mana bahagian hadapannya jauh lebih besar berbanding dengan apa yang ada pada Street Scrambler semasa. Motosikal Scrambler yang semasa telah dilengkapi dengan fork kartrij 41mm KYB, bersama dengan penyerap hentakan belakang berganda KYB. Berdasarkan gambar tersebut, motosikal Scrambler yang baru ini akan dilengkapi dengan fork terbalik Showa dan penyerap hentakan belakang Ohlins.

Sumber imej: MCN

Bahagian breknya juga akan mendapat kemaskini penambahbaikan yang ketara, di mana sepasang brek monobloc berganda Brembo dapat dilihat pada motosikal Scrambler terbaru ini. Tampaknya, Triumph mempunyai resepi yang tepat dalam mengemaskini model semasa mereka; enjin lebih besar, suspensi yang dipertingkatkan, dan penambahbaikan sistem pembrekan.

Motosikal Street Scrambler semasa tidak dapat dinafikan kehebatannya, dengan perincian seperti ABS yang boleh dimatikan, kawalan cengkaman, ‘Ride-by-Wire’, dan klac bantuan tork, kita boleh ramal yang Scrambler terbaru ini akan membuat kemunculan sulungnya pad bulan November sewaktu acara EICMA 2018.

TESTED: Triumph Street Scrambler – “Escapism”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.