Daytona 765 Yang Baharu? Triumph Kata Tidak Untuk Tahun 2019

  • Kita telah menanti akan ketibaan model Triumph Daytona 765 yang baharu.
  • Keterujaan ini berpunca dari fakta yang pengeluar British ini bakal membekalkan enjin 765cc untuk siri perlumbaan Moto2.
  • Bagaimana pun, mereka telah menyatakan yang mereka tidak akan memperkenalkan model Daytona 765 pada tahun 2019.

Keterujaan telah mulai dirasai untuk ketibaan motosikal Daytona yang baharu, semenjak Triumph mengumumkan yang mereka bakal membekalkan enjin bagi kejohanan Moto2 bermula tahun 2019.

Sah: Triumph Akan Menggantikan Honda Sebagai Pembekal Enjin Moto2

Lagi pun, ianya enjin tiga selari 765cc yang sama seperti rangkaian Street Triple yang baharu tetapi telah ditala untuk perlumbaan. Dan sekiranya Street Triple yang baharu (lebih-lebih lagi, varian RS) mampu mengatasi kebanyakan model yang ada di luar sana, sebuah Daytona 765 baharu boleh meruntun para penunggang ZX-6R, GSX-R750, F3 800, R6 dengan mudah. Kacang.

Selain itu, Honda tidak memanfaatkan pelibatan mereka dalam kelas pertengahan tersebut, sejak tahun 2010. Ada pernah mereka lancarkan sebuah model “CBR6000RR berdasarkan apa yang telah mereka pelajari dalam lapan musim dalam siri perlumbaan Moto2?” Tidak sama sekali.

Di sini, Triumph boleh melakukannya!

Namun begitu, mereka yang menanti kemunculan Daytona 765 pada tahun hadapan perlu menunggu lebih lama lagi. Triumph menyatakan yang mereka tidak akan memperkenalkannya pada tahun 2019, seperti mana laporan Asphalt & Rubber.

Namun ianya sukar untuk mempercayai bahawa Triumph tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memanfaatkan peluang keemasan untuk membawa jenama mereka ke aras yang berikutnya, bukan? Pengeluar yang bertapak di Hinckley itu berada dalam kedudukan yang terbaik untuk melakukannya.

Satu perkara yang kami andaikan menjadi punca kelengahan ini adalah piawaian emisi Euro5 yang akan berkuatkuasa bermula 2020. Kami ada melaporkan yang pengeluar tersebut telah memfailkan paten untuk nama Daytona di Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

Triumph Daytona 765 2019 Bakal Tiba Nanti?

Kami juga faham yang pasaran supersport/superbike ini agak sensitif, namun, motosikal supersport/superbike ini kelihatan mula membuat kemunculan semulanya, lebih-lebih lagi dengan perkembangan pesat sukan permotoran di Malaysia.

Buat masa ini, atau sekiranya Daytona yang baharu itu tidak langsung dihasilkan, kami berasa amat pasti yang teknologi itu boleh dipindahkan ke rangkaian Street Triple yang sedang pesat membangun.

Diuji: Triumph Street Triple 765 RS 2018

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.