Motosikal Triumph 3HW Milik Wak Doyok

  • Motosikal Triumph 3HW adalah salah sebuah motosikal Triumph yang telah dihasilkan untuk kegunaan tentera.
  • Ia telah berkhidmat sepanjang Perang Dunia ke-2.
  • Selebriti terkenal, Wak Doyok telah memperoleh sebuah model ini.

Kita tidak dapat menjangkakan khazanah apakah yang akan ditemui di pengedar motosikal klasik. Lebih-lebih lagi sekiranya pengeluar tersebut adalah pengeluar kedua tertua dalam dunia, seperti Triumph Motorcycles.

Kami telah mengunjungi Triumph Motorcycles Malaysia di Petaling Jaya bagi mengambil motosikal Tiger 800 XCx 2018 untuk tunggang uji dan ulasan, dan telah terlihat akan sebuah motosikal vintaj berwarna ‘baby blue’ yang berada di atas pikap trak 4×4. Bayangkan keterujaan kami mendapat tahu yang ianya sebuah motosikal Triumph 3HW 1940an, milik selebriti terkenal, Wak Doyok.

Motosikal Triumph 3HW ini bukan sekadar sebuah motosikal vintaj, tetapi, telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah motosikal.

Sewaktu meletusnya Perang Dunia ke-2 pada bulan September 1939, Jabatan Perang British telah menuntut keseluruhan stok motosikal awam Triumph. Triumph yang bertapak di Coventry pada waktu itu, kemudiannya telah membangunkan motosikal 3TW khusus untuk pihak tentera.

Namun, pada malam 14 November 1940, Luftwaffe (Angkatan Tentera Udara Jerman) telah menjalankan serangan pengeboman ke atas bandar tersebut dan memusnahkan kilang Triumph bersama dengan produksi motosikal 3TW. Pelbagai rekod motosikal Triumph dari zaman permulaannya juga turut musnah.

Triumph kemudiannya menukar sebuah faundri minyak di Meriden, Warwickshire dan mula menghasilkan dua buah motosikal satu silinder – motosikal berinjap sisi 3SW dan motosikal berinjap atas 3HW. Motosikal 3HW telah diasaskan daripada motosikal lumba roadster, Tiger 80.

Kotak ‘rocker’ motosikal 3HW telah ditempa tuang bersama dengan kepala silinder besi tempa tuang, berbanding dengan motosikal Tiger 80 yang mempunyai kotak ‘rocker’ aloi aluminium yang berasingan. Juruteraanya terpaksa menggunakan besi tempa tuang kerana kekurangan aluminium.

Lebih berkuasa daripada motosikal 3SW, motosikal 3HW ini berkhidmat sebagai pengirim pesanan dan pengantaraan umum bagi Angkatan Tentera Laut DiRaja di Afrika Utara, India dan Greece. Tentera Greece telah menggunakan motosikal ini dari 1942 hinggalah ke tahun 1952.

Enjin satu silinder, sejukan udara, 343cc ini mempunyai dimensi gerek X lejang 70mm X 89mm, nisbah mampatan 6.7:1, dan menjana sehingga 17hp pada 5,200rpm, dengan kelajuan tertingginya mencecah sehingga 115km/j.

Dapat dilihat pada motosikal milik Wak Doyok ini adalah nombor siri motosikal 3HW ini yang telah dicop pada ‘crankcase’-nya, tetapi, gugusan instrumen/tangki bahanapinya mungkin telah digantikan dengan model 3H Deluxe. Walau apa pun, ianya masih lagi sebuah motosikal yang mempersonakan. Saksikanlah video di bawah yang menunjukkan Wak Doyok menunggang motosikal tersebut, dimuatnaik pada bulan September 2017. Terima kasih kami ucapkan kepada Wak Doyok kerana membenarkan kami menangkap gambar motosikal anda!

Galeri Gambar

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]