GST vs SST? Triumph Motorcycles Malaysia Kata Jangan Risau!

  • Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan Price Protection Scheme (Skema Perlindungan Harga) untuk ke semua motosikal baru mereka yang belum berdaftar.
  • Skema ini akan melindungi bakal pemilik motosikal Triumph dari sebarang naik turun harga berikutan pertukaran cukai yang baru (GST ke SST).
  • Sekiranya harganya meningkat, mereka akan menggunakan harga asal yang lebih rendah. Sekiranya ianya turun, para pelangga boleh menikmati harga baru BESERTA kredit kedit bersamaan dengan perbezaan harga.

Bersempena dengan peristiwa bersejarah yang telah pun berlaku di tanah air kita serta proses yang berjalan bagi mengubahnya susulan pertukaran kerajaan yang baru, Triumph Motorcyles Malaysia telah memberi jaminan kepada ke semua bakal pemilik motosikal Triumph mengenai harga motosikal mereka.

Triumph Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan ‘Price Protection Scheme’ (Skema Perlindungan Harga) mereka bagi memastikan bakal pemilik motosikal Triumph tidak akan terkesan akibat peralihan daripada penggunaan cukai GST kembali kepada SST. Skema baru ini dikatakan akan melindungi daripada sebarang pergerakan harga bagi ke semua motosikal baru yang belum berdaftar.

Seperti yang sudah kita sedia maklum, kerajaan baru yang memegang tampuk kepimpinan negara telah merancang pelbagai perubahan besar dan salah satu daripadanya adalah mengenai penghapusan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Menggantikannya, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunapakai sebelum ini akan kembali semula dan kebanyakan daripada kita tidak pasti bagaimana ianya akan mempengaruhi perbelanjaan negara.

Triumph Motorcycles Malaysia telah memberi jaminan hanya tawaran yang terbaik untuk bakal pemilik. Sekiranya SST meningkatkan harga motosikal baru, mereka akan menggunakan harga asal yang lebih rendah. Sekiranya cukai baru akan mengurangkan harga motosikal (yahoooo!!), para pelanggan akan menerima ‘kredit kedai / Nota Kredit’, bersamaan dengan perbezaan harganya.

Jadi, tidak kiralah sekiranya harganya naik atau pun turun, Triumph Motorcycles Malaysia akan memastikan yang bakal pemilik akan mendapat nilai yang setimpal. Sudah pasti ianya satu pembelian yang menguntungkan para pelanggan. Kunjungilah wakil pengedar sah Triumph Motorcyles yang berdekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Tunggang uji Triumph Tiger 800 XRx 2018

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]