Honda Forza 300 2018 Yang Dperkemaskini Diperkenalkan

Skuter Honda Forza 300 2018 yang baru telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Diperkemaskini dengan casis yang lebih ringan serta rekabentuk yang lebih ‘sporty’, skuter Forza 300 yang baru ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat dalam segenap aspek. Ciri-ciri lain termasuk kawalan cengkaman, lampu LED sepenuhnya, sistem Smart Key, ABS dwi saluran, dan bermacam-macam lagi.

Adakah Ini Skuter Ducati Terbaru?

Sebuah video YouTube terbaru yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle mengatakan bahawa sebuah skuter Ducati yang baru mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018. Imej yang telah dihasilkan itu telah mempamerkan satu kemungkinan sebuah skuter Ducati yang diterapkan dengan pengayaan Multistrada. Ducati pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah skuter dan motosikal elektrik menjelang tahun…

JPJ Sedang Menguji Skuter Kembara Honda X-ADV 2018

Beberapa buah gambar intipan yang menunjukkan JPJ sedang menguji skuter kembara Honda X-ADV 2018 telah mula tersebar luas di atas talian. Ini bermakna bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan kini sedang menjalankan proses ‘Vehicle Type Approval’ (VTA) untuk skuter kembara Honda tersebut. Skuter Honda X-ADV dijangka bakal tiba di Malaydia pada tahun ini bersama dengan motosikal Africa…

Warna Baru Buat Skuter Yamaha NMAX

    Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan dua kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Nmax 2017 mereka. Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black”, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya. Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14…