Yamaha Ego Avantiz: Warna Baru Bagi Tahun 2018

  • Hong Leong Yamaha telah mengumumkan warna baru bagi skuter Yamaha Ego Avantiz 2018.
  • Harganya kekal pada tahap yang kompetitif dengan RM5,700 (termasuk 6 peratus GST, tidak termasuk cukai dan insurans).
  • Warna-warna barunya itu akan mula tersedia bermula pada minggu ini.

Skuter automatik Yamaha Ego Avantiz telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para pengguna motosikal sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2016. Berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain seperti NMAX dan NVX, ianya sebuah motosikal skuter yang lebih sesuai untuk kegunaan harian. Selain itu, dengan harganya yang teramat kompetitif pada tahap RM5,700, ianya sebuah skuter yang mempunyai nilai penjimatan yang hebat.

Skuter Ego Avantiz ini mungkin nampak agak ringkas, namun, ianya lengkap dengan ciri yang amat berguna seperti enjin empat lejang 125cc yang bercirikan pakej “Blue Core Technology”, hak milik Yamaha yang memberikannya prestasi dan kecekapan bahanapi yang lebih baik pada masa yang sama. “Blue Core Technology” telah digunakan di seluruh rangkaian motosikal Yamaha, sehinggalah ke motosikal MotoGP Yamaha YZF-M1 yang dikemudi oleh Valentino Rossi dan Maverick Viñales.

Ciri hebat lain yang ada pada skuter Ego Avantiz ini termasuklah ruangan simpanan bawah pelana 14 liter yang luas, cukup luas untuk menyimpan helmet ala helmet jet, brek parkir, lampu hadapan LED, dan ‘ECO riding indicator’ yang telah ditala halus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi tahun 2018, Hong Leong Yamaha Motor SDn. Bhd. (HLYM) telah mengumumkan rangkaian warna baru buat Ego Avantiz, bagi mencipta keterujaan dan daya tarikan yang baru, di samping mempertingkatkan lagi rupa paras ‘sporty’ skuter berkenaan.

Dinamakan “Blue”, “Red”, dan “Yellow”, kemasan grafik meliputi sejumlah kawasan permukaaan yang luas di atas skuter ini, berbanding dengan yang sebelum ini yang mempunyai lebah banyak kemasan alur garisan.

Warna-warna baru ini akan mula tersedia bermula daripada minggu ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]