Triumph Speed Triple S dan RS 2018 Dilancarkan!

Advertisements

  • Triumph Motorcycles telah melancarkan motosikal terbaru mereka, Triumph Speed Triple S dan RS 2018.
  • Bahagian enjinnya sahaja telah didatangkan dengan lebih daripada 105 bahagian-bahagian yang baru yang menghasilkan sehingga 148hp dan 117Nm tork maksimum.
  • Model RS didatangkan dengan suspensi Ohlins tercanggih, brek Brembo dan pakej elektronik terbaik Triumph.

Selepas mengeluarkan beberapa buah video usikan yang menakjubkan yang dibintangi juara WorldSBK sebanyak tujuh kali, Carl Fogarty, dan juara Isle of Man TT sebanyak dua kali, Gary Johnson, Triumph Motorcycles akhirnya telah menyingkap tirai di sebalik motosikal terbaru mereka, Triumph Speed Triple S dan RS 2018.

Dianggap sebagai motosikal Triumph Speed Triple yang paling ringan, paling pintar serta paling berkuasa pada masa ini, para penggemar permotosikalan pastinya akan cukup gembira dengan spesifikasi penuh motosikal “ultimate hooligan” Triumph yang terbaru ini. Bermula dengan penjana kuasanya, motosikal Speed Triple 2018 yang baru ini masih lagi menggunakan enjin tiga selari 1,050cc yang sama, namun, ianya kini dilengkapi dengan lebih daripada 105 bahagian-bahagian yang baru hasil dari pembangunan besar dari Triumph.

Dengan tumpuan kepada kuasa yang lebih dan berat yang dikurangkan, motosikal Speed Triple yang baru ini dilengkapi dengan pelapik silinder aluminium bersadur-Nikasil, omboh berkemampatan tinggi baru, gear engkol yang lebih ringan, dan kepala silinder yang baru, serta lain-lain lagi. Ianya menghasilkan 148hp pada 10,500rpm dan 117Nm tork maksimum. Ia mempunyai 27hp dan 40Nm lebih dari motosikal Triumph Street Triple RS 2017.

Keseluruhan kuasanya yang baru itu telah dipacu ke belakang ke roda 17 incinya (yang dilitupi dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa) melalui transmisi enam kelajuan yang dilengkapi dengan klac ‘slip-and-assist’ serba baru. Ini bermakna yang motosikal Speed Triple terbaru ini lebih mudah untuk ditunggang sama ada ketika bergerak dari keadaan pegun atau sewaktu menukar ke gear yang lebih rendah sewaktu berkelajuan tinggi kerana klac bantuan gelincir tersebut menghindari kuncian roda belakang.

Ke semua bahagian-bahagian yang baru itu menjadikan beratnya hanya pada 192kg, yang mana agak mengagumkan bagi sebuah motosikal ‘super streetfighter’. Dengan segala kuasa baru dan berat yang ringan itu, Triumph telah melengkapinya dengan beberapa buah perincian elektronik baru bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Skrin TFT lima inci berwarna penuh baru, mulaan tanpa kunci, ABS boleh dihidup/matikan, kawalan cengkaman, mod tunggangan boleh pilih, ‘Inertial Measurement Unit’ (IMU), dan pengecas USB adalah sebahagian daripada perincian elektronik tersebut.

Pakej brek dan suspensinya pula telah dipertingkatkan dengan set baru fork terbalik 43mm Showa dan penyerap hentakan belakang boleh laras sepenuhnya Showa untuk model S. Motosikal Speed Triple RS pula dilengkapi dengan fork terbalik boleh laras sepenuhnya Ohlins NIX30 dan penyerap hentakan RSU tiub berganda TTX36 bagi mengendalikan sebarang keadaan jalan raya.

Untuk breknya pula, sepasang cakera brek 320mm yang digandingkan dengan angkup Monobloc empat omboh radial Brembo digunakan bagi bahagian hadapan manakala belakangnya pula dikendalikan oleh satu cakera 255mm dengan angkup gelincir dua omboh Brembo.

Tiada sebarang berita lagi bila motosikal teringan dan paling berkuasa (dan juga dengan pengendalian yang terbaik, atas jasa set suspensi dan brek terbarunya itu), Speed Triple ini akan disediakan, begitu juga dengan harganya, tetapi, Triumph ada mengumumkan bahawa model 2018 mereka akan didatangkan dalam warna ‘Jet Black’ dan ‘Crystal White’ untuk model S dan ‘Matte Jet Black’ dan ‘Crystal White’ bagi model RS.

Specifications 2018 Triumph Speed Triple S 2018 Triumph Speed Triple RS
Engine Type Liquid-cooled, 12 valve, DOHC, in-line 3-cylinder Liquid-cooled, 12 valve, DOHC, in-line 3-cylinder
Capacity 1050 cc 1050 cc
Bore/Stroke 79 x 71.4 mm 79 x 71.4 mm
Compression Ratio 12.92:1 12.92:1
Maximum Power 148hp @ 10,500 rpm 148hp @ 10,500 rpm
Maximum Torque 117Nm @ 7,150 rpm 117 \Nm @ 7,150 rpm
Fuel system Multipoint sequential electronic fuel injection with SAI Multipoint sequential electronic fuel injection with SAI
Exhaust Stainless steel 3 into 1 into 2, twin high level stainless steel silencers Stainless steel 3 into 1 into 2, twin high level stainless steel silencers
Final drive X ring chain X ring chain
Clutch Wet, multi-plate slip assist clutch Wet, multi-plate slip assist clutch
Gearbox 6-speed 6-speed
Frame Aluminium twin-spar Aluminium twin-spar
Swingarm Single-sided, aluminium alloy with eccentric chain adjuster Single-sided, aluminium alloy with eccentric chain adjuster
Front Wheel Cast aluminium alloy multi-spoke 17 x 3.5 inch Cast aluminium alloy multi-spoke 17 x 3.5 inch
Rear Wheel Cast aluminum alloy multi-spoke 17 x 6.0 inch Cast aluminum alloy multi-spoke 17 x 6.0 inch
Front Tire 120/70 ZR17 120/70 ZR17
Rear Tire 190/55 ZR17 190/55 ZR17
Front Suspension Showa 43 mm upside-down forks with adjustable preload, rebound and compression damping. 120 mm travel Öhlins 43 mm NIX30 upside-down forks with adjustable preload, rebound and compression damping. 120 mm travel
Rear Suspension Showa Monoshock with preload, rebound and compression damping, 130 mm rear wheel travel Öhlins TTX36 twin tube Monoshock with preload, rebound and compression damping, 130 mm rear wheel travel
Front Brake Twin 320 mm floating discs, Brembo 4-piston 2-pad radial monobloc calipers. Switchable ABS. Twin 320 mm floating discs, Brembo 4-piston, 2-pad monobloc radial calipers. Switchable ABS
Rear Brake Single 255 mm disc, Nissin single 2-piston sliding caliper. Switchable ABS. Single 255 mm disc, Nissin single 2-piston sliding caliper. Switchable ABS
Seat Height 825 mm 825 mm
Wheelbase 1,445 mm 1,445 mm
Dry Weight 192kg 189kg
Fuel Tank Capacity 15.5 litres 15.5 litres
Fuel Consumption 5.2 litre/100km 5.2 litre/100km