Warna Baru Buat Skuter Yamaha NMAX

 

 

  • Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan dua kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Nmax 2017 mereka.
  • Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black”, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya.
  • Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14 termasuk 6% GST (tanpa cukai jalan, insurans, sert pendaftaran).

 

Semenjak kemunculan sulungnya pada tahun 2016 yang lalu, skuter Yamaha NMAX telah menjadi skuter automatik yang terlaris di Malaysia.

Ianya agak mudah untuk dilihat kenapa skuter Nmax ini tersangatlah popular di dalam negara kita. Yang pertama sekali adalah penggayaannya yang mudah untuk dikenali dan tampak anggun dalam keringkasannya. Tiada alur garis yang tidak perlu – segalanya dikekalkan pada tahap yang minima dan ada fungsinya yang tersendiri.

Dan skuter NMAX ini benar-benar praktikal. Enjinnya amat lancar dan penuh dengan daya kilas, lampu hadapannya pula benar-benar terang, ruangan bawah pelananya amat luas bagi saiznya, tambahan pula ianya amat menjimatkan untuk dimiliki.


Tetapi, yang paling penting sekali, skuter Yamaha NMAX ini cukup seronok untuk ditunggang.

Skuter Nmax ini boleh dilihat di mana-mana sahaja dan ada di antara pemiliknya yang telah menjalani tunggangan jarak jauh dengan skuter NMAX mereka.

Menjangkau usia dua tahun, sudah tiba masanya untuk skuter ini disegarkan semula. Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) telah melancarkan kemasan warna yang baru buat skuter NMAX yang bersemangat ini.

Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black” untuk, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya.

Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14 termasuk 6% GST (tanpa cukai jalan, insurans, sert pendaftaran).

 

Leave a Reply