Skuter Honda Forza 300 2018 yang baru telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Diperkemaskini dengan casis yang lebih ringan serta rekabentuk yang lebih ‘sporty’, skuter Forza 300 yang baru ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat dalam segenap aspek. Ciri-ciri lain termasuk kawalan cengkaman, lampu LED sepenuhnya, sistem Smart Key, ABS dwi saluran, dan bermacam-macam lagi.
Category: scooter
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan secara rasminya telah memperkenalkan skuter Yamaha XMax 250 2018. Berkongsi DNA yang sama dengan TMax, skuter XMax 250 ini telah dilengkapkan dengan sebuah enjin satu silinder 250cc yang menghasilkan 22.5hp dan 24.3Nm tork. HLYM telah menetapkan harga bagi skuter Yamaha XMax 250 2018 ini pada RM22,498.50 (harga asas beserta…
Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) telah memperkenalkan beberapa kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Ego Solariz 2018. Kemasan warna yang baru itu adalah Merah, Biru, Ungu, dan Magenta, dan disertakan juga dengan kemasan grafik yang baru. Skuter Yamaha Ego Solariz 2018 ini telah ditetapkan harganya pada RM5,548.04 (harga asas beserta GST).
Sebuah video YouTube terbaru yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle mengatakan bahawa sebuah skuter Ducati yang baru mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018. Imej yang telah dihasilkan itu telah mempamerkan satu kemungkinan sebuah skuter Ducati yang diterapkan dengan pengayaan Multistrada. Ducati pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah skuter dan motosikal elektrik menjelang tahun…
Hong Leong Yamaha telah mengumumkan warna baru bagi skuter Yamaha Ego Avantiz 2018. Harganya kekal pada tahap yang kompetitif dengan RM5,700 (termasuk 6 peratus GST, tidak termasuk cukai dan insurans). Warna-warna barunya itu akan mula tersedia bermula pada minggu ini.
Skuter Biski adalah sebuah skuter amfibia yang secara asasnya boleh ditunggang di atas jalan raya mahu pun air. Dengan menekan sebuah butang, anda boleh menukar motosikal tersebut menjadi sebuah jet ski dalam masa kurang dari lima saat. Gibbs Amphibians telah dikenali ramai kerana jentera menakjubkannya yang lain seperti Triski dan Quadski.
Beberapa buah gambar intipan yang menunjukkan JPJ sedang menguji skuter kembara Honda X-ADV 2018 telah mula tersebar luas di atas talian. Ini bermakna bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan kini sedang menjalankan proses ‘Vehicle Type Approval’ (VTA) untuk skuter kembara Honda tersebut. Skuter Honda X-ADV dijangka bakal tiba di Malaydia pada tahun ini bersama dengan motosikal Africa…
Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan dua kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Nmax 2017 mereka. Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black”, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya. Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14…
BMW Motorrad baru sahaja memperkenalkan skuter terbaru mereka di EICMA 2017, iaitu BMW C 400 X 2018. Dijana oleh enjin satu silinder 350cc, skuter C 400 X terbaru ini menghasilkan 34hp pada 7,500rpm 35Nm tork maksima. Skuter C 400 X ini dilengkapi dengan pencahayaan LED keseluruhan beserta Lampu Nyalaan Siang (DRL), skrin TFT 6.5…