Sebuah sidang akhbar telah diadakan oleh Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajaan dan Swasta (MIGHT) semalam dimana pihak mereka telah dimandat oleh YAB Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad berkenaan Projek Kereta Nasional Baru (NNCP).
Category: news
Millennium Welt kini mempunyai sebuah bilik pameran BMW Motorrad baharu di Kuantan. Ini di samping bilik pameran kenderaan BMW mereka yang sedia ada. Fasiliti baharu ini disediakan bagi memberi perkhidmatan buat pelanggan BMW di wilayah Pantai Timur.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru sahaja mengumumkan edisi baharu Yamaha MT-07 2018 yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia mulai bulan Oktober ini. Bertemakan ‘Dark Attraction’, model terkini Yamaha MT-07 didatangi dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.
Pamah Garam Bonneville di Utah, Amerika Syarikat telah menjadi tapak di mana pelbagai rekod kelajuan telah dicipta dan dipecahkan. Pamah garam ini mulai mengecil sejak tahun 60-an hingga ke hari ini. AMA (American Motorcyclist Association) telah memulakan satu kempen melobi tindakan.
Penunggang MotoGP Ducati, Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat kemalangan yang dialami sewaktu GP Aragon. Dia terpelanting ke udara dan jatuh di atas kakinya. Dia telah mengumumkan bahawa dia akan cuba untuk berlumba di Buriram, Thailand.
Lebih empat juta pengguna SmartTAG di dalam Malaysia telah diberi jaminan dari segi sokongan jualan dan perkhidmatan bagi sistem dan alat peranti oleh EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Sistem Kutipan Tol Infra-merah di lebuhraya Malaysia.
Makin hari, makin banyak cerita yang kami dengari tentang situasi plaza tol di dalam negara. Dari jumlah kutipan, pemansuhan hingga sistem baharu tag RFID, Malaysia nampaknya bergerak ke arah masa hadapan dan semakin banyak penambahbaikan telah dilancarkan dari segi teknologi untuk kesenangan rakyat bersama.
Honda Malaysia baru sahaja menandatangani sijil kerjasama (C0C) dengan Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti bersama Kementerian Pendidikan dalam menggabungkan modul latihan Honda dalam program latihan automotif.
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baharu bagi barisan produk-produk Shell Helix yang tulen dan juga rasmi untuk pasaran negara. Label ini telah diperkenalkan sebagai cara untuk para pelanggan memastikan bahawa produk-produk yang ditawarkan oleh Shell adalah tulen dan bukan produk palsu atau tidak sah.