Kereta Nasional Baru akan sedia tahun 2020?

Sebuah sidang akhbar telah diadakan oleh Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajaan dan Swasta (MIGHT) semalam dimana pihak mereka telah dimandat oleh YAB Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad berkenaan Projek Kereta Nasional Baru (NNCP).

Sidang akhbar tersebut telah dijalankan untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkenaan projek kereta nasional baru (atau) ketiga dan juga kepentingan inisiatif ini dalam pembangunan dan pembinaan negara. Fungsi MIGHT dalam projek terkini ini adalah untuk menyelaras usahasam antara pelbagai kementerian, agensi, industri dan akademik.

Turut hadir adalah Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Eksekutif MIGHT dan YB Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Penglibatan kesemua pihak ini akan merealisasikan kelangsungan projek kerera nasional baru ini yang dijangkakan akan sedia untuk dijual mulai tahun 2020.

Antara langkah-langkah pertama yang akan dilaksanakan dalam pembangunan projek ini adalah meningkatkan keupayaan syarikat vendor tempatan terutamanya syarikat Bumiputera yang giat dalam menangani isu-isu berkenaan OEM.

Kereta yang direka khas oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia serta pasaran dunia ini juga akan memperkenalkan sebuah platform pembuatan automotif teknologi tinggi yang akan membuka peluang kepada pelbagai syarikat tempatan dari bidang berbeza seperti computer, mekanikal, elektrikal dan elektronik dalam penghasilan sebuat kenderaan untuk masa hadapan.

Pihak-pihak yang terlibat masih dikenal pasti dan menurut siding akhbar semalam, kereta nasional baharu ini akan sedia untuk dijual pada tahun 2020. Bagi rekaan konsep, tiada lagi pilihan model kenderaan atau jenis tetapi rakyat Malaysia akan dapat melihatnya seawal permulaan tahun hadapan.

Kredit: Tesla

MIGHT juga akan menjadi penyelaras antara agensi dan kementerian yang berkaitan seperti MED, MESTECC, MITI dan lain-lain. Menurut mereka, tenaga kerja dan juga kemahiran tidak menjadi masalah dan projek ini akan berjaya walaupun dalam masa yang sangat singkat ini. Ini kerana mereka telah menyatakan bahawa projek sudah pun dijalankan dan rekabentuk akhir akan direalisasikan dalam masa terdekat.

Kredit: Mercedes-Benz

Projek ini juga akan melibatkan lebih banyak tenaga muda dimana mereka yang akan menguruskan segala aspek dari permulaan reka bentuk dan juga aspek-aspek yang lain. Melihat ke masa hadapan, kereta atau teknologi yang ingin digunakan adalah untuk mereka sebuah kenderaan yang selamat, berpatutan dan juga berteknologi tinggi.

Persoalannya sekarang, sempat ke?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]