Shell Helix kini dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baharu bagi barisan produk-produk Shell Helix yang tulen dan juga rasmi untuk pasaran negara. Label ini telah diperkenalkan sebagai cara untuk para pelanggan memastikan bahawa produk-produk yang ditawarkan oleh Shell adalah tulen dan bukan produk palsu atau tidak sah.

Label baru ini boleh didapati pada lima produk terlaris dari Shell Helix iaitu:

  • Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
  • Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
  • Shell Helix HX5 15W 40 (4L)

Kesemua produk Shell Helix yang tertera di atas mempunyai kod QR unik di dalam label baru apabila dikupas. Kod QR ini dapat menolong pelanggan mengesahkan ketulenan produk dengan segera tanpa sebarang keraguan. Produk Shell Helix kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain, “Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan membawa kesan negatif kepada perniagaan rakan niaga kami. Keputusan untuk memulakan pengeluaran tempatan bagi produk rasmi Shell Helix tulen dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan membolehkan pengecaman produk tersebut dengan jelas melalui label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru adalah langkah yang penting untuk menangani isu ini.

Pengenalan produk Shell Helix dengan label baru ini akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka akan sempurna pada Januari 2019. Dalam tempoh peralihan ini, produk Shell Helix tulen dengan label lama masih boleh didapati di dalam pasaran negara yang boleh disahkan ketulenannya menerusi kod produk unik yang terdapat pada label.

Kod QR juga memberi langkah yang mudah bagi pelanggan Shell Helix untuk menyertai program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE). Program ini memberi banyak kelebihan seperti bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk menentukan ketulenan minyak enjin Shell Helix:

  1. Kupas label untuk mendedahkan kod QR. Imbas kod tersebut dan ia akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.
  2. Lengkapkan butiran anda (nombor telefon, nombor kenderaan, kod produk dan kod kedai) dan hantar.
  3. Keputusan pengesahan akan dihantar melalui SMS.

*Kod kedai boleh didapati di poster SHARE yang dipaparkan di cawangan SHARE yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/helix atau hubungi 1 300 88 1808. Produk Shell Helix yang tulen juga boleh didapati secara online di Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.

Juruteknik menang Ducati Monster 797 dari Shell Advance!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]