Jorge Lorenzo Akan Cuba Berlumba Di Buriram, Thailand

Sumber imej: www.gpone.com
  • Penunggang MotoGP Ducati, Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan pada kaki kanannya akibat kemalangan yang dialami sewaktu GP Aragon.
  • Dia terpelanting ke udara dan jatuh di atas kakinya.
  • Dia telah mengumumkan bahawa dia akan cuba untuk berlumba di Buriram, Thailand.

Penunggang MotoGP Ducati, Jorge Lorenzo, telah mengumumkan bahawa dia akan cuba berlumba dalam pusingan seterusnya di Litar Buriram di Thailand pada hujung minggu akan datang.

Dia membuat pengumuman tersebut selepas menjalani satu lagi pusingan pemeriksaan kesihatan pada kaki kanannya.

Lorenzo telah terpelanting tinggi ke udara dalam satu insiden ‘highside’ di selekoh yang pertama ssebaik sahaja bermulanya GP Aragon pada hari Ahad yang lepas. Dia terjatuh ke atas kakinya sebelum dihentam oleh jenteranya sendiri sebanyak dua kali (dalam kelajuan yang perlahan).


Dia telah diusung ke kawasan ‘runoff’ litar, sebelum dihantar ke pusat rawatan bergerak, di mana dia didapati telah mengalami kecederaan ibu jari kaki yang terkehel dan keretakan kompaun pada tulang metatarsal kedua pada kaki kanannya.

Lorenzo kemudiannya telah mendakwa yang Marc Marquez bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut melalui beberapa buat twit, walaupun ahli pasukannya, secara tidak rasminya, tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Ducati mengumumkan yang keputusan pemeriksaan terkini mendapati pemulihan Lorenzo berjalan dengan baik sekali, walaupun kaki kanannya itu masih bengkak.

Juara dunia MotoGP tiga kali itu akan menilai sama ada dia mampu menangani kesakitan untuk berlumba di Buriram nanti.

Ducati melaporkan yang pemeriksaan terkini menunjukkan bahawa kecederaan Lorenzo sedang dalam pemulihan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.