Millennium Welt Buka Wakil Pengedar BMW Motorrad Baharu Di Kuantan

  • Millennium Welt kini mempunyai sebuah bilik pameran BMW Motorrad baharu di Kuantan.
  • Ini di samping bilik pameran kenderaan BMW mereka yang sedia ada.
  • Fasiliti baharu ini disediakan bagi memberi perkhidmatan buat pelanggan BMW di wilayah Pantai Timur.

BMW Motorrad Malaysia bersama dengan Millennium Welt telah membuka pintu bilik pameran BMW Motorrad baharu di fasiliti bilik pameran yang sedia ada di Kuantan bagi memberikan perkhidmatan buat penggemar dan pelanggan motosikal premium di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pelancarannya telah diadaka pada 2 Oktober 2018.

Millennium Welt telah dilantik oleh BMW Group Malaysia sebagai wakil pengedarnya yang terbaru untuk jenama BMW Motorrad di Kuantan dan wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pada bulan Julai tahun ini.

Dari kiri ke kanan: Yuen Woon Choon, Owen Riley, dan Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt

Encik Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Wilayah Pantai Timur mewakilkan potensi pembangunan yang pesat bagi jenama BMW Motorrad dan Millennium Welt adalah rakan kongsi utama dalam usaha Group ini untuk mengukuhkan kedudukannya di wilayah ini. Dengan lebih daripada 800 unit motosikal telah pun dijual pada tahun ini, peningkatan melebihi 24% berbanding jangka masa yang sama pada tahun lalu, kami dalam jangkaan untuk mencapai prestasi yang lebih baik menjelang hujung tahun.”

Jualan global tahun lalu bagi seluruh rangkaian motosikal BMW meningkat sebanyak 13.2% dengan jumlah sebanyak 164,153 unit dijual di seluruh dunia. Peningkatan dapat dilihat di Malaysia, dengan sejumlah 1,052 motosikal dijual, mencatatkan peningkatan sebanyak 5% dalam prestasi jualan berbanding tahun sebelumnya.

Berkenaan dengan daya tarikan unik BMW Motorrad buat para penunggangnya di rantau ini, Encik Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, berkata, “Pantai Timur Semenanjung Malaysia menawarkan di antara muka bumi yang terbaik dan jalan raya yang ditiup angin yang menakjubkan, yang cukup sesuai untuk penunggangan motosikal. Dengan sebuah motosikal BMW Motorrad,ianya bukan sekadar bergerak dari satu tempat ke tempat yang seterusnya, ianya mengenai “Making Life A Ride”, mengecapi keterujaan yang hadir dari sebuah perjalanan unik yang anda cartakan sendiri – dan hanya oleh anda.”

Encik Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group of Companies, berkata, “Dengan pembukaan bilik pameran BMW Motorrad yang baharu ini, kami komited dalam mempertingkatkan lagi penyediaan pengalaman premium BMW buat penggemar motosikal di wilayah ini. Semenjak pelantikan kami sebagai wakil pengedar jenama ini pada bulan Julai, kami telah berpeluang menyaksikan dan membantu ramai pelanggan untuk “Make Life A Ride”, melalui bukan sahaja minat mereka dalam penunggangan tetapi juga keghairahan mereka menikmati kehidupan, yang mana telah memotivasi kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan kami.”

Di samping motosikal BMW, Millennium Welt Kuantan turut menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan termasuklah model-model kenderaan BMW dan juga MINI Service. Wakil pengedar ini beroperasi dalam sebuah fasiliti bilik pameran berkeluasan 28,000 kaki per segi, yang berkemampuan untuk mempamerkan sehingga lapan buah motosikal BMW Motorrad dan lima buah kenderaan BMW.

Sila layari laman Facebook BMW Motorrad Malaysia dan Millennium Welt untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bilik pameran ini terletak di alamat 32, Jalan Teluk Sisek, 25000, Kuantan, Pahang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply