Yamaha MT-07 2018 diperkenalkan – RM38,288

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru sahaja mengumumkan edisi baharu Yamaha MT-07 2018 yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia mulai bulan Oktober ini. Bertemakan ‘Dark Attraction’, model terkini Yamaha MT-07 didatangi dengan beberapa penambahbaikan yang menarik.

Model terbaharu dalam siri Yamaha MT telah dikemaskinikan dengan reka bentuk yang lebih tajam dan agresif dimana ia dapat dilihat dari lampu belakang yang lebih padat dan juga ‘scoop’ udara baharu. Yamaha juga telah meningkatkan lagi fungsi Yamaha MT-07 dari segi keselesaan menunggang dengan ciri-ciri baharu seperti sistem suspensi baharu, ABS depan dan belakang dan juga tempat duduk baharu yang lebih selesa.

Yamaha MT-07 2018 masih mengekalkan enjin 689cc, dua-silinder jenis ‘crossplance’ yang mampu menjana 74hp pada 9,000rpm dan 68Nm tork maksimum pada 6,500rpm. Enjin yang terdapat pada MT-07 direka khas untuk daya pecutan dan janaan kuasa yang menarik dan pada masa yang sama mempunyai kadar penggunaan petrol yang optimum.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah menetapkan harga jualan Yamaha MT-07 2018 pada RM38,288 (harga dengan cukai SST 10% tanpa insurans). Mulai Oktober 2018, warna Biru (Race Blue) boleh didapati dan setiap pembelian motor baharu akan datang bersama kunci brek cakera unik jenis keluli tahan karat khas dari Yamaha.

Untuk maklumat lanjut, layari www.yamaha-motor-com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.