Alat SmartTAG baharu akan datang bulan depan!

Lebih empat juta pengguna SmartTAG di dalam Malaysia telah diberi jaminan dari segi sokongan jualan dan perkhidmatan bagi sistem dan alat peranti oleh EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Sistem Kutipan Tol Infra-merah di lebuhraya Malaysia.

Dengan pengumuman oleh Touch ‘ Go Sdn Bhd baru-baru ini dimana mereka akan menghentikan penjualan alat peranti SmartTAG keluaran sendiri, ramai pengguna lebuhraya bertanya jika mereka perlu bertukar ke arah penggunaan tag RFID atau ‘Radio Frequency Identification’ yang kini sedang diuji.

Mulai Oktober 2018, EFKON Asia merancang untuk mengadakan rangkaian jualan dan perkhidmatan di seluruh negara untuk memastikan ketersediaan serta kemudahan yang lebih meluas bagi pengguna lebuhraya yang berhasrat membeli atau mendapatkan servis bagi peranti TAG Infra-merah.

Selepas ini, akan terdapat pelbagai jenis alat peranti TAG Infra-merah dari jenama berbeza yang boleh didapati dan digunakan di lebuhraya negara. Jika anda layari platform e-dagang, www.lazada.com.my, anda juga boleh membeli alat peranti MaxTAG keluaran Sigma Technology Sdn Bhd dengan harga RM138 sahaja.

Bagi pihak EFKON pula, mereka telah pun bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluaran kereta di di dalam negara dimana mereka telah membekalkan alat peranti dalaman untuk model-model baharu di Malaysia. Kadar pengeluaran kini telah pun mencecah beberapa ratus ribu unit setahun hasil keluaran Malaysia yang juga dieksport ke Vietnam dan Indonesia.

Dibangunkan pada tahun 1997 dan diperkenalkan di seluruh negara dalam tahun 2005, Sistem Kutipan Tol Infra-merah yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan bersama EFKON telah terbukti sebagai sistem yang paling boleh diharap dan cekap dalam melancarkan aliran lalu lintas di lebuhraya Malaysia.

Menurut pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch, “Di Jerman, Sistem Infra-merah yang sama telah terbukti berkesan dan boleh diharap dalam persekitaran lalu lintas aliran bebas berbilang lorong bagi kelajuan lebih daripada 120 km/j. Kami juga telah berjaya mengulangi ujian ini di Malaysia.”

“Berbeza dengan penyelesaian mudah yang lain, system DSRC (Dedicated Short-Range Communication) Infra-merah juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi serta perlindungan dari penyalahgunaan menerusi pengklonan TAG. Kami yakin Sistem TAG Infra-merah ini, dengan rekod prestasi selama 13 tahun dan lebih daripada empat juta pengguna yang berpuas hati di negara ini, akan terus membuktikan nilainya sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang cekap, mudah dan berkesan kos,” katanya.

Tag RFID – masa depan plaza tol Malaysia?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]