Category: news
Sebuah dokumentari berdurasi 45 minit mengenai hidup Jonathan Rea dan bagaimana dia menggondoli tiga takhta WorldSBK telah ditayangkan oleh BBC. Klip berkenaan mempamerkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun itu berjaya mencapai kejayaan tersebut dan pada masa yang sama menjaga keluarganya sewaktu sedang menjelajah dan di antara pusingan perlumbaan. Rea adalah satu-satunya penunggang WorldSBK setakat…
Dengan pelaburan ekuiti dari ComSar, MV Agusta telah membeli semula 25% saham yang dipegang oleh Mercedes AMG. Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni mengumumkan bahawa syarikat barkenaan mempunyai aliran tunai positif. MV Agusta baru sahaja mengumumkan pelbagai motosikal baru di Pertunjukan EICMA 2017.
Bintang Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi telah menubuhkan sebuah akademi perlumbaannya sendiri. Superkip Racing Academy akan menyertakan penunggangnya dalam siri perlumbaan Cub Prix 2018. Pasukan berkenaan akan diuruskan oleh ayah Superkip, Pawi Omar.
Next Bike Sdn. Bhd., atau juga dikenali sebagai Ducati Malaysia telah bersedia untuk mempertingkatkan pemasaran mereka bagi tahun 2018 dengan mempertingkatkan keseluruhan struktur mereka bermula dari produk ke jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan. Ducati Malaysia juga akan terus mempertingkatkan keberadaan jenama mereka dengan melebarkan jaringan pengedar mereka di seluruh negara. “2018 Ducati World…
I-Moto.my bersama dengan GB Workshop telah mengadakan sebuah bengkel mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul dinamakan I-Workshop. Diadakan di The Gasket Alley, seminar santai ini disasarkan untuk pemilik Vespa, Scomadi, Benelli, dan Aprilia memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelenggara motosikal mereka dengan sewajarnya dan apa yang perlu diberi perhatian sewaktu penyelenggaraan. Bengkel itu dengan jayanya…
Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera. Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia. Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.
Ketua Polis Kelantan telah mengeluarkan satu nasihat perjalanan buat warga Malaysia yang melawat negara Thailand. Warga Malaysia tidak dilarang daripada menunggang memasuki Thailand, tetapi, perlu sentiasa berhati-hati. Wilayah Selatan Thailand telah bergolak dengan keganasan.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah CGK (Choppers Garage Kelantan) telah membuat permohonan maaf kepada kerajaan Thailand. Ini berikutan video yang menunjukkan marsyalnya sedang menghentikan lalulintas. Apakah tindak balas yang mungkin terjadi akibat kejadian ini?