I-Moto.my Mendidik Pemilik Motosikal Mengenai Penyelenggaraan Motosikal yang Betul

 

  • I-Moto.my bersama dengan GB Workshop telah mengadakan sebuah bengkel mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul dinamakan I-Workshop.
  • Diadakan di The Gasket Alley, seminar santai ini disasarkan untuk pemilik Vespa, Scomadi, Benelli, dan Aprilia memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelenggara motosikal mereka dengan sewajarnya dan apa yang perlu diberi perhatian sewaktu penyelenggaraan.
  • Bengkel itu dengan jayanya telah berkongsi maklumat berguna serta pengalaman kendiri buat pemilik motosikal bagi memastikan yang motosikal kesayangan mereka sentiasa dalam keadaan sedia untuk ditunggang.


Rakan kami dari I-Moto-my telah mengadakan sebuah program pada hujung minggu yang lalu dinamakan I-Workshop buat para pemilik serta peminat motosikal Vespa, Scomadi, Benelli dan Aprilia. Dengan matlamat untuk mendidik pemilik-pemilik motosikal ini berkenaan kepentingan penyelenggaraan motosikal, bengkel / seminar santai ini telah diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya dengan bantuan GB Workshop.

Kami telah menghadiri sesi pagi di mana fokus utamanya adalah untuk mendidik pemilik motosikal Vespa dan Scomadi moden tentang penyelenggaraan motosikal yang betul. Ianya termasuklah penyelenggaraan dalaman, kehausan bahagian, pemeriksaan sebelum mula menunggang dan sebagainya. Sesi petangnya pula dikhaskan untuk para pemilik Aprilia dan Benelli.

Diadakan di GB Workshop yang terletak di dalam Moto Guzzi Flagship Centre, para petugasnya telah menyediakan sebuah skuter Vespa bagi menunjukkan kepada para peserta apa yang mereka perlu tahu, yang perlu mereka jangkakan dan faham dengan sendiri tentang penyelenggaraan motosikal yang betul. Ini termasuklah kehausan bahagian atau penyelenggaraan pada masa atau perbatuan yang tertentu.

Para peserta yang ingin tahu bagaimana motosikal kesayangan mereka berfungsi telah menanyakan pelbagai soalan kepada pakar motosikal yang hadir dan setiap satu daripadanya telah dijawab dengan tepat dan yakin. Ini menunjukkan betapa arifnya para mekanik berkenaan mengenai motosikal tidak mengira bentuk dan saiz yang mana akan meningkatkan keyakinan serta kepercayaan mana-mana pemilik motosikal yang menghantar motosikal mereka untuk penyelenggaraan di GB Workshop.

Antara tarikan utama pada sesi ini adalah pengenalan para peserta kepada Piaggio Advanced Diagnostic System (PADS). Sistem ini membolehkan para mekanik untuk mempalamkannya masuk ke mana-mana motosikal di bawah Piaggio (Aprilia, Derbi, Gilera, Moto Guzzi, Piaggio, Scarabeo, dan Vespa) untuk pemeriksaan sistem dan peralatan serta penalaan.

Sesi ini kemudiannya beralih kepada sesi penyampaian mengenai beberapa jenama penting dalam dunia permotosikalan seperti minyak pelincir Hi-Rev Torque, Jarvish Smart Helmet Malaysia, dan RT Tech Motorsports. Persembahan ini telah diadakan di restoran popular Makhan by Kitchen Mafia yang terletak di seberang Moto Guzzi Flagship Store. Dan semua ini terletak di dalam halaman The Gasket Alley.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Jarvish Smart Helmet Malaysia, TEKAN SINI.

Sesi ini berakhir dengan para peserta mempelajari beberapa maklumat penting berkenaan dengan motosikal kesayangan mereka dan cara
penyelenggaraannya yang sewajarnya, Ia pasti akan dapat membantu mereka dalam memastikan motosikal mereka dalam keadaan terbaik dan sentiasa sedia untuk penunggangan tidak mengira masa.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Roger dari I-Moto.my dan GB Workshop untuk bengkel yang unik ini. Akan ada satu lagi bengkel yang akan dianjurkan dalam masa dua minggu buat para pemilik motosikal Ducati, Benelli, serta MV Agusta yang berminat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook I-Moto.my.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.