Inilah Peluang Anda Untuk Memenangi Helmet HJC IS-33 Serba Baru!

 

  • HJC Helmet Malaysia akan menghadiahkan sebuah helmet ‘open-face‘ HJC IS-33 serba baru kepada seorang pemenang bertuah dengan komen yang paling kreatif dan terbaik sebagai hadiah terakhir peraduan Facebook mereka.
  • Topik terakhir telah pun dimuat naik di laman Facebook MotoMalaya dan Bikes Republic dan komen terbaik akan dipilih sebagai pemenang hadiah helmet HJC IS-33 beserta hadiah misteri yang lain.
  • Peraduan HJC Helmet Malaysia ini akan berakhir pada hari Ahad ini (22 Oktober 2017) pada jam 12 tengah malam.


Bersempena dengan acara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix yang akan dianjurkan pada 27 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017, HJC Helmet Malaysia telah mengadakan pertandingan yang telah berlangsung selama sebulan di laman Facebook MotoMalaya dan Bikes Republic.

Ramai peserta bertuah yang telah berjaya memenangi beberapa buah hadiah misteri dari HJC Helmet Malaysia tetapi untuk finale-nya, seorang pemenang bertuah akan dihadiahkan hadiah utama berupa sebuah helmet ‘open-face‘ HJC IS-33 serba baru!

Bermula dari 20 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017 (tiga hari SAHAJA), komen yang paling kreatif dan terbaik berkaitan topik terakhir yang telah dimuat naik di laman Facebook MotoMalaya.net dan laman Facebook saudara kami di Bikes Republic akan dipilih untuk membawa pulang bukan sahaja hadiah-hadiah misteri, MALAH, untuk komen yang terbaik sekali dalam masa beberapa hari berkenaan akan dapat memenangi sebuah helmet ‘open-face’ yang teramat eksklusif dari HJC Helmet Malaysia.


Beberapa buah ciri yang menarik yang terdapat pada helmet HJC IS-33 ini adalah:

  • Tempurung Komposit Polikarbonat Tercanggih: Ringan, kepadanan serta keselesaan yang lebih hebat menggunakan teknologi CAD terkini.
  • One-touch Integrated SunShield (Pelindung Matahari satu-sentuhan):
  • Pelindung Matahari boleh laras 3-tahap bertinta kelabu yang mudah dan pantas digunakan (menunggu paten).
  • Pelindung muka ‘flip-up‘ dilindungi UV: Boleh dibuka dengan mudah.
  • QuickSlide Shield Replacement System (Sistem Penggantian Pelindung QuickSlide) : pemasangan dan penanggalan tanpa menggunakan alatan yang pantas dan selamat.
  • “ACS” – Advanced Channelling Ventilation System (Sistem Penyaluran Pengudaraan Lanjutan): Aliran udara penuh dari depan ke belakang yang memindahkan udara panas dan kelembapan keluar.
  • Bahagian dalaman SilverCoolâ„¢: Penyejatan lembapan dan bahagian dalaman yang bebas bau dengan fabrik anti-bakteria berwarna perak yang tercanggih. Selesa, boleh ditanggalkan serta dibersihkan.
  • Pensijilan Standard: Diperakui DOT.

 

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? layarilah laman Facebook MotoMalaya kami dan muat naikkan komen terbaik anda untuk memenangi helmet ini! Sekiranya anda ingin lebih berminat untuk menulis dalam bahasa Inggeris (dan menggandakan peluang anda), muat naik komen anda di pos yang telah dimuat naik di laman Facebook Bikes Republic. Semoga berjaya!

 

Leave a Reply