Ketua Polis Kelantan Memberi Nasihat Mengenai Perjalanan Ke Thailand

Sumber imej: Bangkok Times
  • Ketua Polis Kelantan telah mengeluarkan satu nasihat perjalanan buat warga Malaysia yang melawat negara Thailand.
  • Warga Malaysia tidak dilarang daripada menunggang memasuki Thailand, tetapi, perlu sentiasa berhati-hati.
  • Wilayah Selatan Thailand telah bergolak dengan keganasan.

Polis Kelantan telah mengeluarkan satu nasihat buat warga Malaysia yang ke Selatan Thailand untuk lebih berhati-hati, berikutan satu insiden tembakan rambang yang telah menyebabkan kematian warganegara Malaysia di Tak Bai, Wilayah Narathiwat, pada 16 Oktober yang lalu.

Mangsa kejadian berkenaan, Wan Mohd. Zain W. Hussain, 46 tahun, berasal dari Kampung Ketil, Tumpat, Kelantan sedang melawat saudaranya apabila dia telah terkena peluru sesat sewaktu sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pihak polis di pusat pemeriksaan Ban Taba.

Selepas kejadian itu, superintenden bagi balai polis Tak Bai, Polis Kolonel Patcharapol na Nakhon, bernasib baik kerana berjaya mengelakkan dari daripada satu letupan bom berhampiran dengan sebuah stesen minyak petrol semasa dia sedang mengetuai satu pasukan menuju ke tempat kejadian serangan berkenaan.

Letupan itu telah menyebabkan terputusnya talian elektrik dan mengakibatkan hilangnya bekalan kuasa di kawasan tersebut. Satu pemeriksaan yang telah dijalankan di tempat kejadian berkenaan oleh juruteknik bom mendapati yang ianya merupakan sebuah IED (improvised explosive device – alat letupan yang diubahsuai) dengan berat di antara 22 hingga 25kg.

Pemeriksaan pada waktu siang telah mendedahkan sebuah gerai makanan dalam tiang elektrik yang dipenuhi dengan kesan tembakan. Polis telah memungut kelongsong peluru yang telah digunakan yang datang daripada raifal M16.

Patcharapol mempercayai yang serangan ini didalangi oleh Famee Mudo, yang mengetuai sebuah kumpulan militan yang aktif di daerah berkenaan. Dia merupakan salah seorang suspek dalam serangan yang serupa pada 21 Oktober, 2012.

Serangan ini dipercayai berkait-rapat dengan ketibaan ulang tahun ke-13 “Insiden Tak Bai” pada 25 Oktober, di mana 85 orang lelaki beragama Islam telah terbunuh, majoritinya setelah ditangkap dan dilonggokkan di atas sesama sendiri di belakang trak tentera selepas pasukan tentera bertindak secara ganas dalam meleraikan sebuah protes anti-kerajaan.

Sumber imej: zashnain

Wilayah Selatan Thailand telah menjadi medan keganasan serta pengeboman. Pada 9 Oktober, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan telah menyebabkan kematian seorang ahli Ranger dan menyebabkan seorang lagi cedera parah. Pada 26 September, sebuah pasukan pelupusan bom telah mematikan sebuah IED seberat 20kg. Pada 29 September di Daerah Mae Lan, sebuah bom motosikal telah meletup di sebuah pusat pemeriksaan. Sebuah bom pula telah membunuh seorang dan mencederakan 18 orang di Yala ketika satu unit pelupusan bom datang untuk menyiasat selepas dua letupan.

Jadi, sentiasalah berwaspada apabila menunggang menuju ke Thailand.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]