Kalashnikov Akan Mengeluarkan Motosikal Elektrik Untuk Pasukan Polis Dan Tentera

  • Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera.
  • Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia.
  • Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.

Kalashnikov, pengeluar senjata Russia yang cukup terkenal dengan senjata keluaran mereka, raifal AK-47 (Avtomat Kalashnikova), pada baru-baru ini telah mempersembahkan sebuah motosikal elektrik yang akan dihasilkan untuk kegunaan tentera Russia dan juga pasukan polis, mengikut laporan Popular Mechanics. Kalashnikov Group telah memperagakan motosikal ini di “Army International Military-Technical Forum 2017” di Moscow.

Motosikal elektrik ini sudah pun beroperasi sepenuhnya, seperti mana yang dapat dilihat pada video promosinya (TEKAN SINI untuk menyaksikannya), yang menunjukkan seorang penunggang menanggalkan plagnya dan menunggangnya lengkap dengan cermin mata hitam dan topi merentasi muka bumi yang tidak berturap. Bagi versi polis pula, ianya tampak seperti sebuah motosikal supermoto, bagi kegunaan rondaan dalam bandar.

Pengeluar itu juga telah mengumumkan bahawa mereka akan membekalkan 50 buah motosikal berkenaan kepada pihak penguatkuasa undang-undang untuk Piala Dunia 2018, yang akan dianjurkan di bandar-bandar utama di seluruh Russia.

Kalashnikov tidak menyebarkan sebarang data teknikal dan kami tidak fasih dengan bahasa Russia, namun keterangan pada video berkenaan ada
menunjukkan ‘100km’, yang mana kami andaikan ianya adalah jarak perjalanan motosikal berkenaan. Untuk motosikal polis pula, ianya dikatakan mempunyai jarak perjalanan sejauh 150km.

Berita mengenai motosikal elektrik buatan Kalashnikov ini telah muncul setelah sebuah syarikat Amerika Syarikat, Logos Technologies, mengumumkan yang mereka telah dianugerahkan sebuah kontrak DARPA untuk mengkaji dan membina sebuah motosikal elektrik untuk kegunaan pasukan khas Amerika Syarikat. Menurut Logos, motosikal elektrik mereka, SilentHawk, telah berdasarkan pada motosikal elektrik Alta redshift MX dengan jarak perjalanan sejauh 170km.

Motosikal elektrik telah menarik perhatian pihak ketenteraan kerana ianya lebih senyap berbanding dengan kehingaran yang dihasilkan oleh enjin pembakaran dalaman. Selain itu, oleh kerana ianya dijana elektrik, para perancang strategi tidak lagi perlu bimbang akan isu pembekalan bahanapi ke kawasan yang terpencil, terutamanya semasa operasi khas. Dan juga oleh kerana ianya lebih kecil dan lebih ringan, pengangkutannya juga telah dipermudahkan.

Satu perkara yang menimbulkan rasa ingin tahu kami adalah sekiranya motosikal Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh diharapkan seperti raifal AK-47 mereka.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]