Denda RM3,000 Atau Penjara Menanti Pemilik Kenderaan ‘Sambung Bayar’

Amalan ‘sambung bayar’ telah menjadi satu perkara biasa di kalangan pengguna kenderaan di Malaysia. Ianya sering terjadi apabila seseorang itu sudah tidak mampu meneruskan pembayaran pinjaman kereta atau motosikalnya, dan orang lain yang meneruskan pembayaran pinjaman itu manakala kereta atau motosikal berkenaan kekal di bawah nama pemilik yang asal.

Ini adalah satu tindakan yang amat berisiko bagi pemilik asal kerana orang yang meneruskan bayaran itu mungkin sekali boleh melarikan diri bersama dengan kereta atau motosikal pemilik. Perkara sebegini telah menyebabkan jumlah orang yang telah di senarai hitamkan oleh institusi kewangan meningkat. Jadi amalan standardnya adalah bagi pemilik untuk mendapatkan deposit untuk kereta atau pun motosikal tersebut.

Amalan ini telah berjalan buat beberapa tempoh sekarang, dan pemilik kenderaan kadang kala lebih menggemari cara sambung bayar ini kerana dia tidak perlu mencari orang untuk membeli kenderaannya, yang mana akan memakan masa manakala pemiliknya masih perlu terus membayar ansuran bulanan.

Ianya begitu popular sehingga adanya laman Facebook yang didedikasikan untuk sambung bayar sama ada kereta mahu pun untuk motosikal.

Tetapi, amalan sambung bayar ini bakal berakhir nanti.

Di dalam sebuah artikel yang telah disiarkan oleh akhbar tempatan Berita Harian, Ianya telah melaporkan yang pemilik kenderaan yang memberikan kenderaan mereka kepada pihak ketiga untuk melunaskan pinjaman mereka tanpa persetujuan akan dikenakan denda atau penjara.

Dalam menjawab satu soalan yang telah dikemukakan oleh ahli parlimen, Kementerian Dalam Negeri telah menjelaskan yang amalan sebegitu adalah bertentangan dengan Akta Sewa Beli 1967. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan untuk Dewan rakyat, mengatakan yang, “Tindakan akan diambil terhadap pemilik yang menggadaikan kenderaan atau ‘sambung bayar’ kepada pihak ketiga tanpa persetujuan atau pengetahuan pihak bank.”

Undang-undangnya sudah jelas – Seksyen 38 Akta Sewa Beli menyatakan bahawa pemilik yang menjual atau memajakkan kenderaan mereka sewaktu perjanjian sewa beli masih berkuatkuasa boleh dikenakan fenda sebanyak RM3,000 atau penjara selam tiga tahun, atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

Jadi sekiranya anda memiliki kenderaan milik orang lain yang anda sambung bayaran bulanannya atau pun anda sendiri telah memberikan kenderaan anda untuk disambung bayaran oleh orang lain, sudah tiba masanya untuk menghentikannya kerana penguatkuasaan yang lebih tegas bakal dijalankan pada masa yang akan datang.

Baca artikel asalnya oleh Berita Harian.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]