ads

Ducati Malaysia Perbaharui Kerjasama Jenama Bagi Tahun 2018

 

  • Next Bike Sdn. Bhd., atau juga dikenali sebagai Ducati Malaysia telah bersedia untuk mempertingkatkan pemasaran mereka bagi tahun 2018 dengan mempertingkatkan keseluruhan struktur mereka bermula dari produk ke jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan.
  • Ducati Malaysia juga akan terus mempertingkatkan keberadaan jenama mereka dengan melebarkan jaringan pengedar mereka di seluruh negara.
  • “2018 Ducati World Premiere” akan berlangsung pada 5 November 2017 (Ahad) di mana seluruh dunia bakal menyaksikan pelancaran tidak kurang daripada lima model Ducati terbaru.


Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia), pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus membawa masuk serta mempertingkatkan lagi status bertahap legenda jenama itu di pasaran dalam negara kita dengan memperbaharui kerjasama mereka dengan Ducati. Mereka telah melakukannya untuk tempoh hampir dua dekad dengan menampilkan diri mereka sebagai bukan sekadar sebuah syarikat motosikal tetapi lebih kepada syarikat gaya hidup yang berkaitan dengan segala-galanya mengenai Ducati.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, “Untuk hampir 17 tahun, kami berasa bangga dapat menyediakan buat rakyat Malaysia peluang untuk bukan sahaja memiliki motosikal Ducati malah gaya hidup yang datang bersama dengan jenama premium ini. Kami telah menganjurkan ratusan konvoi dan pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan dan mengembangkan jenama Ducati di dalam negara, dan ini termasuklah mengembangkan jaringan pengedar kami secara meluas. Kami tidak sabar untuk melaksanakan rancangan hebat dari tahun 2018 dan seterusnya”.

“Ducati Malaysia kini diketuai oleh En. Fazli Hisham Shukor, yang mempunyai pengalaman yang lama dalam perniagaan dua roda ini. Saya amat yakin akan kejayaan yang akan kami kecapi dalam tahun 2018 dan selanjutnya”, tambaha Datuk Wira SM Faisal.

Ducati juga akan meneruskan usaha mereka dalam mempertingkatkan keberadaan jenama mereka dengan memperluaskan jaringan pengedar mereka di seluruh negara. Mereka juga akan mengukuhkannya lagi dengan membekalkan strategi perniagaan dan tunjuk ajar yang mencukupi bagi memastikan ke semua pihak akan mendapat manfaat dari segi fizikal dan juga kewangan. Ianya akan diadakan melalui beberapa siri pengemaskini fasiliti Ducati dan aktiviti sepanjang tahun bagi tahun 2018.

Satu lagi rancangan yang sudah pasti akan memenuhi keperluan ke semua pelanggan Ducati yang sedia ada mahu pun yang baru adalah dengan
mengurangkan kos pemilikan tanpa mengorbankan sebarang imej eksklusif dan premium jenama berkenaan. Ke semua jabatan perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan selepas jualan mereka juga akan bertindak balas kepada penambahbaikan struktur keseluruhan bagi memanfaatkan kedua-dua belah pihak syarikat dan pemilik Ducati di negara ini.

Menurut Marco Biondi, Pengarah Rantau Asia Ducati, “Kami berasa amat berbangga dapat meneruskan kerjasama dengan Naza World Group of Companies melalui anak syarikatnya, Next Bike Sdn. Bhd. untuk tahun-tahun yang akan datang. Kerjasama ini adalah sebuah kerjasama yang menguntungkan di sepanjang 17 tahun bersama, dan kami menjangkakan tahun 2018 yang hebat dengan produk tahunan model terbaru”.

“Semasa “Ducati 2018 World Premiere” yang telah dirancangkan untuk hari Ahad yang akan datang, 5 November 2017, yang mana ianya akan ditayangkan atas talian secara langsung ke seluruh dunia, dengan tidak kurang daripada lima buah model daripada Rangkaian Model Ducati 2018 yang akan dipersembahkan, salah sebuah daripadanya adalah motosikal yang paling dinanti-nantikan, Ducati Panigale V4 terbaru. Dengan segala pertambahan terbaru ini kami meramalkan pertumbuhan yang pesat dalam tahun 2018 dan kami akan mempertingkatkan lagi komitmen kami bersama dengan Next Bike Sdn. Bhd. ke arah jenama Ducati”, tambah Marco Biondi.

Tampaknya tahun 2018 kelihatan seperti tahun yang baik buat Ducati Malaysia dan juga buat pemilik motosikal Ducati semasa DAN baru di rantau ini.

Leave a Reply