Saksikanlah Dokumentari Jonathan Rea “3 in a Row”!

 

  • Sebuah dokumentari berdurasi 45 minit mengenai hidup Jonathan Rea dan bagaimana dia menggondoli tiga takhta WorldSBK telah ditayangkan oleh BBC.
  • Klip berkenaan mempamerkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun itu berjaya mencapai kejayaan tersebut dan pada masa yang sama menjaga keluarganya sewaktu sedang menjelajah dan di antara pusingan perlumbaan.
  • Rea adalah satu-satunya penunggang WorldSBK setakat ini yang telah memenangi kejohanan WorldSBK sebanyak tiga kali berturut-turut.

 

BBC baru sahaja menayangkan sebuah dokumentari sepanjang 45 minit mengenai Juara Dunia WorldSBK 2017, Jonathan Rea. Digelar “3 in a Row”, klip berkenaan menunjukkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun dari Ireland Utara itu berjaya memenangi tiga Kejohanan Dunia Superbike FIM secara berturut-turut dan pada masa yang sama mengimbangi tugasnya sebagai seorang suami yangsetia dan ayah yang penyayang kepada dua orang anak yang comel.

https://youtu.be/B6GtAb5MnCY

Seperti yang telah diketahui oleh sebahagian daripada anda semua, Jonathan Rea merupakan calon untuk “BBC Sport’s Personality of the Year” 2017 namun tewas kepada atlit juara Olimpik empat kali, Mo Farah. Di samping itu, Rea juga telah dianugerahkan oleh Ratu England dengan MBE (Member of the Most Excellent Order of the British Empire). Ianya satu darjah kehormatan yang mirip dengan gelaran Dato’ di Malaysia.

Dokumentari ini mempamerkan perjalanan Rea dalam usahanya menjadi penunggang World Superbike pertama memenangi tiga kejuaraan dunia secara berturut-turut. Yang paling menakjubkan mengenai pencapaian ini adalah bagaimana dia masih lagi mampu memenuhi tanggungjawabnya kepada keluarga di antara pusingan perlumbaan (yang mana dimudahkan dengan adanya rumah di atas roda seperti RV mereka).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana dia memenangi kejohanan WorldSBK 2017, TEKAN SINI.

Dunia perlumbaan telah menjalani pelbagai evolusi. Dalam kancah di mana pelumbanya disamakan seperti bintang Rock pada suatu ketika dahulu, kini dianggap sebagai sukan professional dengan atlit bertahap tinggi yang mengejar kegemilangan yang datang dengan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Rea telah membuktikan dirinya sangat berkebolehan dalam tugas berkenaan di atas jentera pengilang Kawasaki ZX-10RR (yang telah dia buktikan lebih pantas daripada sesetengah motosikal MotoGP) di samping menjaga keluarganya di antara pusingan perlumbaan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana Rea dan jentera ZX-10RR tunggangnya itu telah mencatat masa lebih pantas berbanding sesetengah motosikal MotoGP, TEKAN SINI.

Tabik hormat untuk anda, Jonathan Rea.

Sumber imej: WorldSBK

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]