Pasukan selepas jualan Modenas telah membekalkan Encik Zulkifli Nasir dengan sebuah motosikal gantian sementara Pulsa NS200 setelah motosikal miliknya terbakar pada awal minggu ini. Motosikalnya telah terbakar beberapa hari yang lalu akibat litar pintas yang berpunca daripada sambungan terminal bateri yang tidak betul. Pengeluar motosikal kebangsaan telah mengambil langkah menangani masalah ini dengan pantas dan…
Category: news
Sebuah video YouTube yang telah dimuatnaik baru-baru ini menunjukkan sekumpulan mat rempit Amerika Syarikat cuba meloloskan diri dari sekatan polis. Penunggang jalanan dari Amerika Syarikat cukup terkenal kerana aksi lagak ngeri di atas jalan raya awam menggunakan motosikal ‘dirt bike’ dan ATV mereka. Ianya telah dirakam dalam sebuah kamera salah seorang penunggang tersebut yang dipaut…
Husqvarna telah mencatat rekod jualan terbesar mereka pada tahun 2017. Pengeluar motosikal dari Sweden itu telah melaporkan peningkatan hasil jualan sebanyak 20% dengan jualan 36,883 unit. Jumlah keseluruhan unit yang telah dijual pada tahun lalu bermakna mereka telah mengutip hasil sebanyak €250 juta (kira-kira RM1.2 Billion).
SIC dan Hafizh Syahrin telah mengesahkan tempat penunggang berkenaan dengan pasukan Monster Yamaha Tech3. Sesi ujian pertama Hafizh di atas jentera Yamaha YZF-M1 di Litar Antarabangsa Buriram cukup memberangsangkan. Tinggal satu lagi sesi ujian pra musim MotoGP di Qatar bermula dari 1 hingga 3 Mac sebelum bermulanya musim pada tahun ini.
Menteri Kerja Raya telah mengesahkan yang motosikal telah dibenarkan berada di atas Lebuhraya Persekutuan atas sebab kerja-kerja penaiktarafan laluan motosikal. Penjelasan beliau itu adalah bagi menjawab sebuah artikel akhbar mengenai motosikal mencerobohi lebuhraya. Kerja-kerja tersebut dijangkakan siap dalam bulan April 2018.
Randy Mamola telah menjadi penunggang terbaru yang akan dianugerahkan dengan gelaran Legenda MotoGP. Pelumba Amerika Syarikat berusia 58 tahun telah dikenali sebagai penunggang paling berjaya yang tidak pernah memenangi sebarang kejohanan. Sepanjang penyertaannya dalam perlumbaan MotoGP, dia telah berjaya merangkul 13 kemenangan perlumbaan dan 57 penamat di atas podium yang lain.
Gambar hasilan motosikal CCM Spitfire Bobber 2018 telah pun dikeluarkan sebelum pelancaran rasminya pada minggu hadapan. Model Spitfire yang kelima ini dikatakan sebagai varian tercantik setakat ini, lebih-lebih lagi dengan rupa paras ‘Bobber’-nya itu. Dijana oleh enjin satu silinder 600cc yang sama, motosikal Spitfire Bobber dijangka akan menghasilkan 55hp dan 58Nm tork.
Honda Motorcycle and Scooter India Pvt. Ltd. secara rasminya telah melancarkan motosikal Honda X-Blade 2018. Motosikal 160cc terbaru ini disasarkan untuk golongan milennial India dengan imbangan antara rekabentuk yang ‘sporty’ dan juga futuristik. Enjin satu silinder 160cc-nya itu mampu menjana sehingga 14hp dan 13.9Nm tork maksimum.
Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca
Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.