Modenas Pinjamkan Motosikal Sementara Buat Pengguna Yang Terbakar Motosikalnya

  • Pasukan selepas jualan Modenas telah membekalkan Encik Zulkifli Nasir dengan sebuah motosikal gantian sementara Pulsa NS200 setelah motosikal miliknya terbakar pada awal minggu ini.
  • Motosikalnya telah terbakar beberapa hari yang lalu akibat litar pintas yang berpunca daripada sambungan terminal bateri yang tidak betul.
  • Pengeluar motosikal kebangsaan telah mengambil langkah menangani masalah ini dengan pantas dan secara professional bagi memastikan keselamatan pengguna.

Beberapa hari yang lalu, setelah berlakunya satu insiden malang yang telah menimpa salah seorang pemilik motosikal Modenas Pulsar NS200 yang mana motosikalnya telah terbakar akibat litar pintas, Mereka yang ada di Modenas telah datang membantu dengan sebuah motosikal gantian sementara untuk Encik Zulkifli Nasir bagi memudahkan perjalanan berulang alik hariannya.

Motosikal Pulsar NS200 yang dimiliki oleh Zulkifli, malangnya, telah terbakar pada awal minggu ini. Kejadian itu berlaku apabila motosikal itu mati secara tiba-tiba dan asap putih keluar dari bawah pelana sebelum percikan api bertukar menjadi marak, membakar motosikalnya.

Orang ramai berjaya mendapatkan pemadam api dan memadamkan api sebelum ianya menyebabkan lebih banyak kerosakan harta benda atau membahayakan keselamatan awam. Modenas dengan pantas mengambil alih kes ini dan dengan segera mengeluarkan pemberitahuan awam mengumumkan penyiasatan penuh mereka mengenai perkara ini.

Pos terbaru yang dimuatnaik oleh encik Zulkifli Nasir sendiri dalam halaman kumpulan Modenas Pulsar RS200, NS200, V15 Malaysia (MOPAR), mengatakan bahawa litar pintas tersebut berlaku akibat terminal bateri dipasang dengan salah. Pasukan selepas jualan Modenas telah menemui puncanya dan akan mengambil langkah segera bagi mengatasi kes ini sebaik mungkin.

Encik Zulkifli juga turut meluahkan rasa kagumnya dan amat senang hati dengan cara Modenas menangani perkara ini dan menyatakan sokongan berterusannya untuk jenama dan pengeluar tersebut.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.