“Satu Negeri, Satu Litar Lumba Dalam Masa 10 Tahun” – Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa mereka sedang membangunkan pelan untuk sebuah litar lumba bagi setiap negeri dalam masa lima ke sepuluh tahun. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat pengumuman tersebut pada hujung minggu lalu sewaktu pusingan pertama Cub Prix Malaysia 2018. Projek mereka yang sedang…

Cagiva Sedia Untuk Kembali Pada 2019

Berita yang telah tersebar dalam dunia permotosikalan telah mengandaikan kemunculan semula pengeluar dari Itali, Cagiva pada tahun 2019. Dimiliki oleh MV Agusta pada ketika ini, Cagiva akan dihidupkan semula sebagai jenama yang mengeluarkan motosikal elektrik. Model terbaru mereka akan dipersembahkan pada lewat tahun ini (kemungkinan paling cerah adalah sewaktu acara EICMA 2019).

Denda RM100,000 Atau Penjara Lima Tahun Untuk Bunyi Ekzos Bising!

Pemilik motosikal dengan ekzos yang lantang mungkin akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Alam Sekitar. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sebagai salah satu cara menangani masalah mat rempit. Sebarang pengubahsuaian ekzos melebihi had 75dB (desibel) dianggap…

Penunggang Motosikal Proaktif Memulakan Inisiatif Memerangi Kecurian Kelengkapan Motosikal

Sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif bagi menangani isu kecurian kelengkapan motosikal yang semakin meningkat. Satu borang Kajiselidik Google telah dibuat bagi mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi membanteras jenayah ini. Maklumat yang telah dikumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa dengan harapan yang jenayah ini dapat ditangani sebaik mungkin.