MotoGP: Johann Zarco SAH Berpindah Ke KTM!

Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.

Kelab Pemilik Honda RS150R Anjurkan Gombaking Ride Silaturrahim Ke Perak

Salah sebuah kelab pemilik Honda RS150R Selangor, Gombaking, telah menganjurkan tunggangan Gombaking Ride Silaturrahim ke Perak semalam. Lebih daripada 130 orang pemilik motosikal Honda RS150R dari Selangor dan Perak telah berhimpun di Ngee Fatt Motors Enterprise Sdn. Bhd. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara pemilik Honda RS150R dari negeri-negeri berbeza di Malaysia.

Jelajah Motonation 2018 Roadshow Kickoff Bermula Di Kuala Lumpur!

Acara jelajah Motonation 2018 Roadshow Kickoff telah bermula bagi mempromosikan acara utamanya yang akan berlangsung pada bulan Oktober yang akan datang. Diadakan di Quill City Mall di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, para peserta yang terlibat telah menampilkan kenderaan terbaik mereka bagi menarik perhatian orang ramai. Acara utama Motonation 2018 akan berlangsung dari 19 hingga 21…

Indian Motorcycle Memanggil Semula Motosikal Mereka Yang Hidup Secara Sendirinya?

Indian Motorcycle kini dalam proses memanggil semula 3,341 buah motosikal di Amerika Syarikat yang mana ianya dikatakan berkemungkinan mampu untuk hidup secara sendirinya. Isu ini dikatakan disebabkan oleh hakisan yang mungkin terjadi di dalam suis kombinasi kanannya. Beberapa rangkaian motosikal Indian Chief, Chieftain, Springfield, dan Roadmaster 2018 telah dikenalpasti mengalami isu ini.

Royal Enfield Lancarkan Kedai Utama Di Shah Alam

Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.

BMW Motorrad Perkenalkan Casis Cetakan 3D BMW S 1000 RR

BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah casis cetakan 3D BMW S 1000 RR. Keseluruhan casis dan lengan ayunnya telah dibina menggunakan teknologi cetakan 3D dipanggil “Additive Manufacturing”. Bahagian-bahagian tiga dimensi yang diperbuat dari plastik dan keluli dibentuk lapis demi lapis boleh dibina dengan lebih pantas dan pada masa yang sama mengekalkan kualitinya.