Kempen Keselamatan Jalan Raya #SHELLSELAMATSAMPAI Shell Malaysia 2018 Dilancarkan

Shell Malaysia telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya 2018 mereka.
Dinamakan #SHELLSELAMATSAMPAI, ia mensasarkan perubahan tingkahlaku penunggang muda.
Kempen ini terdiri daripada empat buah program utama.

Kuala Lumpur, 23 April 2018 – Shell Malaysia telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya 2018 mereka.

Kempen ini terdiri daripada empat buah program utama, yang bertujuan untuk menyampaikan kepentingan keselamatan jalan raya di kalangan penunggang muda dan remaja.

“Shell Malaysia Road Safety Movement”, yang juga dipopularkan sebagai @SHELLSELAMATSAMPAI (#SSS) adalah sebuah program pelaburan sosial Shell yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dan membawa kepada perubahan tingkahlaku di kalangan pengguna motosikal dan remaja secara menyeluruh, yang merupakan golongan dengan kadar kematian tertinggi dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.

Buat pertama kalinya, Shell Advance dengan secara aktifnya akan mengadakan bengkel penyelenggaraan motosikal bagi memupuk tabiat penyelenggaraan yang proaktif serta cara-cara pelinciran yang betul. Kenderaan yang diselenggara dengan betul, termasuklah motosikal, amat penting dalam usaha mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

Untuk tahun ini, #SHELLSELAMATSAMPAI (#SSS) terdiri daripada empat buah komponen utama, iaitu #SSS School Outreach, #SSS MyLesen, #SSS School Challenge, dan #SSS Varsity Challenge.

  • Program #SSS School Outreach adalah usaha Shell Malaysia untuk menyampaikan mesej zon bebas kemalangan ‘Goal Zero’ melalui jelajah yang interaktif, menyeronokkan dan berpendidikan di 20 buah sekolah di seluruh negara.
  • Bagi program #SSS MyLesen, Shell akan menaja 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin di Tuaran dan SMK Inanam di Kota Kinabalu untuk mendapatkan lesen motosikal mereka. Pelajar yang terpilih akan berpeluang menjalani latihan penunggangan defensif, kesedaran keselamatan jalan raya dan bagaimana menangani kecemasan, dan juga akan menyertai bengkel penyelenggaraan motosikal oleh Shell Advance. Program ini menyaksikan kerjasama di antara Shell Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dan Kementerian Pendidikan.

  • #SSS Varsity Challenge pula bertujuan untuk mencabar para pelajar di enam buah universiti terpilih di seluruh negara, iaitu Curtin University, Monash University, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Teknologi Mara, untuk membangunkan prototaip teknikal atau peranti bantuan keselamatan jalan raya yang mampu mengelakkan kemalangan berkaitan jalan raya di kalangan pengguna dengan Hadiah Utama berupa wang tunai RM10,000 bagi projek yang paling memberi impak, kreatif dan mapan.
  • Untuk tahun ini, 20 buah sekolah terpilih di seluruh negara juga akan mengambil bahagian dalam #SSS School Challenge, yang serupa seperti #SSS Varsity Challenge dari segi objektif dan ganjaran.

Semenjak 1957, Shell Malaysia telah menjadi pendokong kuat untuk penambahbaikan budaya keselamatan jalan raya di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai #SHELLSELAMATSAMPAI, sila layari laman sesawang rasmi Shell Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]