ads

Denda RM100,000 Atau Penjara Lima Tahun Untuk Bunyi Ekzos Bising!

  • Pemilik motosikal dengan ekzos yang lantang mungkin akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara selama lima tahun sekiranya didapati bersalah di bawah Akta Alam Sekitar.
  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sebagai salah satu cara menangani masalah mat rempit.
  • Sebarang pengubahsuaian ekzos melebihi had 75dB (desibel) dianggap sebagai ‘pencemaran bunyi’.

Dalam sebuah laporan yang telah dibuat oleh NST Online baru-baru ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang mengkaji aspek lain dalam undang-undang negara bagi membantutkan kegiatan mat rempit di Malaysia. Salah satu daripada cara yang telah mereka rancang untuk gunakan adalah dengan mengaitkan kesalahan menggunakan ekzos ubahsuai yang bingit dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sumber imej: Berita Daily

Menurut Timbalan Pengarah, Superintenden Mustafa Bakri Salleh, mereka akan berusaha menangani epidemik mat rempit ini dengan lebih giat lagi dan mengenakan tindakan untuk ‘pencemaran bunyi melampau’. Ini akan dilakukan melalui beberapa operasi khas yang dinamakan “Ops Samseng Jalanan”, di mana pihak berkuasa akan memeriksa jentera yang diubahsuai, terutamanya bagi mencari kesalahan ekzos yang bising.

Mengikut undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974, sebarang ekzos yang melebihi 75dB (desibel) akan dianggap sebagai ‘pencemaran bunyi’ dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau pun KEDUA-DUANYA SEKALI.

Ianya mungkin satu tindakan yang kelakar (dan boleh dikatakan keterlaluan) dalam menangani isu samseng jalan raya ini, dan jumlah denda sehingga RM100,000 adalah satu jumlah yang amat besar bagi kesalahan ekzos yang bingit. Jumlah ini lebih sesuai sekiranya kesalahan tersebut mendatangkan bahaya pada pengguna jalan raya yang lain.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih lagi menggunakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279, Kanun Keseksaan, di mana pelumba haram dan jentera mereka yang diubahsuai boleh didenda dari RM2,000 hingga RM15,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika didapati bersalah.

Sumber imej: Fiveprime

Walau apa pun sebabnya, pendidikan dan fasiliti yang lengkap perlulah diterapkan dalam keseluruhan proses bagi membolehkan gaya hidup yang sihat di mana mat rempit yang insaf boleh melakukan apa yang mereka mahu dalam persekitaran yang terkawal dan selamat tanpa mengganggu orang awam. Denda dan penjara yang tidak setimpal dengan kesalahan tidak akan menangani masalah ini.

Kalaulah kita boleh yakinkan mereka dengan pepatah “loud bikes save lives”.

‘Are they street legal, and do you have some insecurity thing going on?’

 

Leave a Reply