Penunggang Motosikal Proaktif Memulakan Inisiatif Memerangi Kecurian Kelengkapan Motosikal

  • Sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif bagi menangani isu kecurian kelengkapan motosikal yang semakin meningkat.
  • Satu borang Kajiselidik Google telah dibuat bagi mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh bagi membanteras jenayah ini.
  • Maklumat yang telah dikumpul kemudiannya akan diserahkan kepada pihak berkuasa dengan harapan yang jenayah ini dapat ditangani sebaik mungkin.

Dengan peningkatan kecurian motosikal dan kelengkapan yang mendadak di seluruh negara, sekumpulan penunggang motosikal telah memulakan satu inisiatif yang menarik dengan harapan yang ianya akan menjadi langkah pertama dalam memerangi isu yang memeningkan ini.

Langkah pertama dalam menangani masalah ini adalah dengan mengumpul maklumat sebanyak yang boleh. Bagi memudahkan proses ini bagi semua orang tidak kira lokasinya, satu dokumen Kajiselidik Google telah dibuat bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai tempat kejadian jenayah, kelengkapan yang dicuri, masa kejadian dan bermacam-macam lagi.

Sebuah Motosikal Modenas Pulsar RS200 yang kehilangan angkup hadapan ByBre

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ke semua maklumat ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dengan harapan yang ianya dapat menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik dan secara muktamadnya, mengakhiri semua kejadian mencuri ini. Jelas sekali peluang menangani isu ini secara sendirian mahu pun mendapat kembali kelengkapan atau motosikal yang dicuri amat tipis sekali, dan kita perlu menunjukkan betapa seriusnya masalah kecurian ini pada pihak berkuasa.

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan daripada kita, pencuri-pencuri ini yang mencari jalan mudah mendapatkan wang cenderung untuk mensasarkan motosikal yang lebih mahal bagi mendapatkan kelengkapannya seperti angkup brek Brembo, silinder utama bagi klac dan brek hadapan, suspensi belakang, dan lain-lain kelengkapan. Kebanyakan pemilik motosikal amat berang sekali kerana kebanyakan polisi insurans asas tidak meliputi kecurian kelengkapan.

Pencuri Kini Mensasari Brek ByBre!

Menggantikan kelengkapan tersebut sudah pasti akan menelan belanja ribuan Ringgit Malaysia dan apabila mencari kelengkapan-kelengkapan tersebut di atas talian internet, ada sesetengah darinya yang telah dijual pada harga rendah yang tidak masuk dek akal, ianya mungkin sekali barang curi. Kerana ianya sukar untuk menentukan sama ada barangan tersebut adalah kelengkapan yang sah atau pun tidak, penunggang motosikal yang bertanggungjawab lebih rela menjauhi tawaran sebegini bagi mengelakkan diri mereka dari menggalakkan jenayah kecurian tersebut.

Buat para penunggang motosikal yang telah mengalami kejadian malang seperti ini, anda boleh mengisi semua maklumat anda dalam pautan di bawah. Siapa tahu, dengan kesungguhan anda semua akan memaksa pihak berkuasa memandang serius hal ini dan dengan itu, akan menghentikan jenayah ini dengan sama sekali. Marilah kita banteras kecurian bersama-sama, tuan-tuan dan puan-puan!

Borang Kajiselidik Google

Buat sementara waktu, anda juga boleh memastikan keselamatan motosikal kesayangan dengan beberapa tip yang penting ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, tekan pautannya di bawah!

Lapan Cara Untuk Melindungi Angkup Brek Anda

*Ke semua gambar dalam artikel ini adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata