Lapan Cara Untuk Melindungi Angkup Brek Anda

  • Kecurian angkup brek motosikal masih lagi berleluasa.
  • Pencuri kini mensasari angkup ByBre dan juga Brembo.
  • Mereka juga telah mencuri keseluruhan set brek, termasuklah silinder utama.

Ianya bukan lagi satu rahsia bahawa adanya pelbagai insiden kecurian angkup brek motosikal.

Iany bermula dengan para pencuri ini mensasari angkup Brembo, kemudiannya bertukar kepada angkup Monobloc Brembo, ke angkup dan silinder utama, dan akhir-akhir ini, angkup ByBre. (TEKAN SINI untuk membaca laporan kami mengenai kecurian angkup ByBre.)

Tidak perlu kami nyatakan lagi betapa menyakitkan hati kehilangan angkup itu, kerana anda secara amnya kehilangkan brek. Di tambah pula dengan kos perbelanjaan dan juga masa yang diperlukan bagi mencari alat ganti, serta tahap stress yang diakibatkan kecurian itu.

Angkup brek telah dipaut dengan cara yang memudahkan penanggalan untuk masa-masa penyelenggaraan angkup dan juga ketika pad perlu digantikan. Kami amat berharap yang para pengeluar motosikal akan mencari jalan penyelesaian bagi menjadikannya lebih sukar buat para pencuri untuk menanggalkan alat-alat tersebut, atau menawarkan nat dan selak yang nyah-usikan sebagai pilihan.

Kami telah mengumpulkan beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda melindungi angkup brek motosikal anda dan juga silinder utama. Tetapi diingatkan yang kami mengatakan yang ianya ‘mungkin’ kerana BUKAN SEMUA cara 100% berkesan. Walau bagaimana pun, pencuri selalunya bertindak mengikut peluang, bermakna mereka akan mencari sasaran yang mudah. Mereka hanya ingin mencuri kelengkapan dan terus lari, jadi sebarang kesukaran mencuri akan membantutkan hasrat mereka itu.

Sila betul-betul pastikan yang nat serta selak gantian bukan sahaja sesuai dari segi panjang serta kedalaman bebenangnya tetapi juga yang ianya mempunyai kekuatan yang sama atau pun lebih. Tidak perlu rasanya untuk kami ingatkan anda tentang tahap tekanan yang dialami nat serta selak ini dalam menggenggam angkup ditempatnya itu.

1. ISI DENGAN PUTTY

Saya mendapat tahu tentang cara yang mudah ini sewaktu saya mengambil motosikal Triumph Street Triple RS untuk tunggang uji.

Angkup ST-RSnya itu dipaut secara berjejari, bermakna selaknya dipasak terus ke pendakap pada bahagian bawah forknya itu. Kru penyelenggaraan Triumph Malaysia menggunakan kreativiti mereka dan mengisi ruang soket heksagonal selak berkenaan dengan ‘putty’.

Mana-mana pencuri terpaksa mengorek keluar ‘putty’ tersebut sebelum dia boleh memasukkan kekunci heksagonal bagi memutarkan selak berkenaan.

Cara ini cukup mudah dan tidak menelan belanja yang mahal. Namun, ianya agak mudah untuk diatasi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. SELAK BUATAN KHAS

Buat sahaja carian Google ‘pembekal nat dan selak’ dan hubungi mereka untuk mengetahui sama ada mereka boleh mengkhususkan nat dan selak untuk anda, lengkap dengan kunci unik. Lebih elok lagi sekiranya anda membuat selak (dan nat, jika perlu) bagi setiap titik pautan bagi menyukarkannya lagi pencuri untuk mencurinya.

3. SELAK NYAH-USIKAN

Sekiranya anda gagal menjumpai sesiapa yang mampu mengkhususkan nat dan selak untuk anda, anda boleh buat carian google untuk nat dan selak nyah-usikan atan keselamatan.

Pengancing-pengancing ini bercirikan corak yang berbeza daripada apa yang selalunya ada di dalam pasaran, dan oleh kerana itu ia memerlukan kunci khas untuk mengetatkan serta menanggalkannya. Kami telah terjumpa pelbagai syarikat yang menawarkan penyelesaian ini, tetapi, kebanyakan daripada mereka juga menjual kunci-kuncinya secara terbuka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carian yang lebih menyeluruh telah menemukan kami dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang membuat pengancing yang unik bagi setiap pelanggan. Walaupun pengancingnya itu mengikut pencontoh tertentu, terdapat perbezaan yang membuatkannya hanya boleh digunakan oleh pelanggan yang mempunyai kunci yang betul.

TEKAN SINI untuk ke Bryce Fastener untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekali lagi, pelbagaikan jenis nat dan selak bagi meningkatkankan lagi keselamatan.

4. MENCANAI NAT DAN SELAK

Salah satu cara yang paling selamat adalah untuk mencanai corak soket/kotak selak dan/atau corak kotak nat. Ini bermakna pencuri perlu mengetuk atau memahat pengancing bagi mencurinya. Namun, kami tidak mengesyorkan cara ini kerana ianya mungkin melemahkan struktur nat dan selak.

5. MEMATERI SELAK DAN NAT

Pateri bahagian bawah kepala selak dan ketatkannya. Ianya akan menjadikan selak itu lebih sukar untuk diputar sebaik sahaja pateri mengeras, tetapi ianya juga agak mudah diatasi.

Ini adalah satu lagi cara yang terdesak.

6. KENALI JIRAN-JIRAN ANDA

Jangan hanya rapat dengan gadis-gadis sunti atau ibu bapa yang ada anak dara cantik sahaja.

Ini teramatlah penting sekali sekiranya anda tinggal di kawasan kondominium, apartmen, atau pun flat. Sekiranya sebelum ini anda tidak mengenali jiran tetangga serta orang-orang yang berhampiran di mana anda memarkir motosikal anda pada waktu malam, inilah masa yang paling sesuai. Selain itu, jika anda tinggal di kediaman yang mempunyai anggota keselamatan, beramah mesralah dengan kakitangan keselamatan kawasan anda itu.

Taulan dan jiran dapat membantu dalam memastikan keselamatan motosikal anda. Bayangkan sekiranya terlihat ada orang cuba melakukan sesuatu pada motosikal anda:

Jiran: “Hey, apa kau buat dengan motosikal itu?”
Pencuri: “Saya sedang baiki motosikak kawan saya ni.”
Jiran: “Mana kawan kau, tuan motosikal ini?”
Pencuri: “Dia tinggalkan saya untuk membaiki motosikal ini. Dia sibuk. Jangan risau, dia percayakan saya.”

Bayangkan sekiranya jiran anda tidak mengenali anda, atau tidak mahu ambil tahu kerana anda kelihatan sombong padanya?

7. MEMARKIR MOTOSIKAL ANDA DI DALAM RUANG TAMU

Ini merupakan cara terbaik. Dan pastinya satu angan-angan bagi ke semua pemilik motosikal. Telah ada kes di mana pencuri memasuki kawasan anjung rumah dan mencuri motosikal yang diparkir di situ.

Hamparkan sahaja beberapa helaian akhbar di atas lantai dalam rumah dan tolak motosikal anda masuk. Pasangan anda dan teman serumah pasti akan faham. Sekiranya mereka membantah, minta mereka tandatangan perjanjian untuk membayar semula kepada anda sekiranya ada bahagian atau aksesori hilang. Percayalah, mereka akan berubah fikiran dengan pantas.

Kami faham, ini hanya mungkin bagi mereka yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai kawasan tanah. Kebanyakan kondominium dan apartmen melarang sebarang pengangkutan motosikal di dalam lif, jadi anda perlulah beramah mesra dengan jiran tetangga dan pasangkan pengancing yang nyah-usikan.

8. PARKIR MOTOSIKAL BERDEKATAN ANDA

Bagaimana pula sekiranya anda perlu menunggang ke suatu dan parkir motosikal anda?

Buat kajian sama ada anda boleh parkir motosikal dalam jarak penglihatan anda, atau berdekatan dengan anda. Gedung beli belah adalah mimpi ngeri untuk penunggang, kecuali sekiranya anda menggunakan ruangan valet.

Sumber imej: H1K HP4 Malaysia

KESIMPULAN

Sama ada anda merasakan tip-tip ini berguna atau pun tidak, ingatlah, jangan sesekali lalai tentang keselamatan motosikal anda. Tidak kiralah sama ada motosikal anda motosikal pengeluaran terpantas yang baru, atau sebuah motosikal yang telah anda guna bertahun lamanya untuk berulang alik ke tempat kerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]